• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPT Alu-Alukan Permintaan Pemain Industri TVET

oleh Ahmad Albab
30/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedia mendengar permintaan dan keperluan daripada pemain industri teknikal bagi meningkatkan kualiti pendidikan serta latihan teknikal dan vokasional (TVET), kata Menterinya Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya ini sejajar dengan matlamat utama KPT sebagai penyedia utama pendidikan TVET selain bertanggungjawab memastikan graduan yang dilahirkan dalam bidang itu menepati kehendak industri.

“Sejak dua tahun lalu, saya menyatakan bahawa KPT perlu fleksibel dalam mereka-bentuk semula pendidikan tinggi. Bermakna kita perlu mendengar apa yang dikehendaki oleh industri dengan menggunakan pendekatan kerjasama dengan industri.

“Pemain industri boleh beritahu kepada universiti atau politeknik tentang apa mereka kehendaki, berapa ramai yang dikehendaki, apakah kurikulum, bila mereka kehendaki. Anda beritahu kami apa yang anda perlukan, ini kerana kita mahu pastikan graduan akan memenuhi kehendak industri,” katanya.

Idris berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani Sijil Jalinan Kolaborasi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Trans Resources Corporation Sdn Bhd (TRC) di Depoh MRT Sungai Buloh di sini, hari ini.

Majlis turut dihadiri Pengarah Urusan Kumpulan TRC Tan Sri Sufri Mohd Zin dan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik Prof Datuk Dr Mohd Ismail Abd Aziz.

Menerusi kerjasama itu, TRC bersedia melatih lebih 30 pelajar politeknik setahun bagi tempoh lima tahun untuk menjalani latihan industri dan program ‘bekerja sambil belajar’ (WBL).

Ditanya mengenai intipati Bajet 2018, Idris berkata pihaknya menyambut baik peruntukan diberikan sambil menyifatkan ia sebagai tanda prihatin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap bidang TVET.

“Kita akan perincikan peruntukan tersebut, tapi apa yang mustahak adalah perdana menteri merasakan perlu beri latihan mencukupi kepada pelajar TVET sebelum memasuki pekerjaan,” katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat pada Jumaat lepas mengumumkan peruntukan RM4.9 bilion untuk melaksana pelan induk TVET di negara ini.

Jumlah itu meningkat sebanyak RM300 juta berbanding RM4.6 bilion yang diperuntukkan pada Bajet 2017. – BERNAMA

Tags: KPTTVET
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TVET Bantu Perkasa Tenaga Kerja Malaysia Bagi Industri Pertumbuhan Tinggi – Pakar Ekonomi

TVET Bantu Perkasa Tenaga Kerja Malaysia Bagi Industri Pertumbuhan Tinggi – Pakar Ekonomi

12/09/2025
0

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mesti dilihat sebagai penyelesaian barisan hadapan...

KBS, KPT Bincang Jadikan E-sukan Kursus Jangka Panjang Di IPT – Menteri

KBS, KPT Bincang Jadikan E-sukan Kursus Jangka Panjang Di IPT – Menteri

19/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), untuk menjadikan e-sukan sebagai kursus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd