• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lama Tertangguh, Fikry Sambung Belajar Semula

oleh
30/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENJADI seorang pelajar dan selebriti dalam masa yang sama bukanlah suatu perkara yang mudah.

Kerjayanya bermula daripada seorang pelawak hingga kini sudah bergelar peneraju utama dalam drama dan telefilem telah membuatkan namanya mula dikenali di dalam dunia lakonan.

Kini, Fikry Ibrahim sudah mampu menarik nafas lega apabila dia dapat menyambung semula pengajiannya dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikai Massa (Pengiklanan), yang tertangguh di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam baru-baru ini.

Kejayaannya pada masa ini merupakan pengorbanan yang dilakukannya selepas mendapat tempat ketiga dalam program Lawak Solo, sekitar September yang lalu.

Selepas memenangi program itu, pelakon yang berasal dari Kampung Napoh, Kedah itu mula mendapat tawaran berlakon dalam drama rantaian Hero Seorang Cinderella, sekali gus melonjakkan namanya di industri hiburan.

“Selepas tamat penggambaran drama HCS, saya ambil masa dua minggu untuk berehat melepaskan lelah. Selepas itu, saya terima tawaran berlakon sebuah telefilem pula.

“Hampir dua bulan lebih kini saya dapat sambung baki semester yang tertangguh itu. Alhamdulillah ia berbaki lebih setahun lagi untuk disempunakan.

“Selesai komitmen itu, saya sambung belajar. Hampir dua bulan lebih kini saya dapat sambung baki semester yang tertangguh itu. Alhamdulillah ia berbaki lebih setahun lagi untuk disempunakan.

Alhamdulillah, akhirnya saya dapat menamatkan pengajian… Lega rasanya,” katanya dipetik daripada BH Online.

Dalam perkembangan terbaharunya ketika sedang menyambung semula pengajian, dia telah ‘dilamar’ untuk berlakon di dalam drama 24 episod, iaitu Kerna Syurga Bukan Percuma.

Tambah pemuda berkulit hitam manis itu, drama Kerna Syurga Bukan Percuma merupakan gandingan pertama dia bersama dengan Elfira Loy.

“Elfira sangat ‘sempoi’… Boleh tahan juga gelagatnya suka menyakat saya. Tapi dia tak lokek berkongsi ilmu atau apa saja yang diketahuinya,” katanya lagi.

Walaupun dia sudah tersasar jauh daripada rakan seperjuangannya di universiti, itu bukan bermaksud dia perlu berputus asa.

Sekurang-kurangnya orang lain akan nampak kebijaksanaan anada. Jangan nampak je bijak, tapi rupanya tak habis sambung belajar pula kan. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: berlakonFikry Ibrahinsambung belajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

16 Penerima Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Terengganu Sambung Belajar Ke UK, Jordan

16 Penerima Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Terengganu Sambung Belajar Ke UK, Jordan

24/08/2022
0

KUALA TERENGGANU : Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM7.16 juta kepada 16 anak Terengganu yang cemerlang untuk menyambung pengajian peringkat ijazah...

Minat Berlakon, Khai Bahar Tangguh Dulu

06/02/2018
0

MULA menapak nama dalam industri seni suara sejak kira-kira dua tahun lalu, Khai Bahar kini berminat menceburi bidang lakonan, namun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd