• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Datuk Seri’ Pukul Rela Memalukan – Lee Lam Thye

oleh AK-47
30/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, menyelar tindakan seorang lelaki berstatus Datuk Seri mencederakan tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), kelmarin.

Beliau berkata, insiden itu adalah sesuatu yang amat memalukan dan tidak seharusnya berlaku, khususnya daripada seorang yang menerima darjah kebesaran.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak polis menyelesaikan kes terbabit dalam kadar segera, selain memastikan siasatan dan tindakan dilaksanakan secara adil.

“Sebagai seorang yang menerima darjah kebesaran, individu itu haruslah sentiasa mendukung amanah, kepercayaan dan nama baik raja dan pemerintah yang menganugerahkan gelaran berkenaan.

“Beliau patut menunjukkan kesopanan dan teladan yang baik. Apa jua alasan tidak boleh diterima untuk bertindak ganas terhadap orang lain, terutama anggota keselamatan seperti RELA yang menjalankan tugas.

“Saya berharap individu berkenaan dapat memberikan kerjasama kepada polis supaya siasatan dapat dijalankan dengan adil dan pantas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam kejadian pada pagi Jumaat, tiga anggota RELA cedera selepas mendakwa dipukul seorang lelaki berstatus Datuk Seri ketika sedang bertugas di sebuah tokong dekat Kampung Baru, di sini.

Kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu bermula ketika anggota RELA berkenaan meminta Datuk Seri berusia 28 tahun mengalih kenderaan jenis Toyota Vellfire yang diletakkan di tepi jalan besar kerana menghalang lalu lintas.

Teguran itu menyebabkan Datuk Seri berkenaan berang dan memaki hamun mereka, sebelum didakwa menampar, memukul, menendang serta mengugut anggota RELA terbabit. – BH Online

Tags: Anggota ReladipukulTan Sri Lee Lam Thye
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Punca Pelajar UMT Dipukul Bergilir-gilir

Punca Pelajar UMT Dipukul Bergilir-gilir

19/12/2024
0

KUALA TERENGGANU: Saling tuduh menuduh dipercayai antara punca seorang penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini, dipukul secara bergilir-gilir oleh...

Imam Rebah, Meninggal Dunia Ketika Solat Subuh Di Masjid

Koperal Polis Maut Dipercayai Dipukul

23/03/2024
0

SHAH ALAM: Seorang anggota polis maut dipercayai dipukul dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Taman Impian Indah di sini, awal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd