• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

OCPW Sahkan Syria Guna Serangan Gas Sarin

oleh Ahmad Albab
29/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Britain kelmarin menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan sekatan terhadap Syria selepas siasatan mendapati negara itu menggunakan serangan gas sarin terhadap orang awam.

Panel Organisasi untuk Senjata Kimia Terlarang (OCPW) berkata, tentera udara Syria menggugurkan bom di bandar Khan Sheikhun yang dikuasai kumpulan penentang pada 4 April lalu.

Bom itu membebaskan gas saraf yang membunuh lebih 80 orang terutama kanak-kanak dan wanita.

“Satu tindakan antarabangsa kini penting bagi menghukum pihak yang bertanggungjawab dalam serangan di Khan Sheikhun.

“Majlis Keselamatan kini bertanggungjawab untuk bertindak mengikut penemuan itu dan menegakkan keadilan,” kata duta Britain ke PBB, Matthew Rycroft.

Menurutnya, Britain kini berbincang dengan Amerika Syarikat bagi merangka satu resolusi bagi mengenakan sekatan terhadap Syria.

Bagaimanapun, tindakan itu dijangka berdepan kuasa veto dari Russia yang juga sekutu rapat Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Russia juga mempersoalkan hasil siasatan itu dan mendakwa banyak maklumat tidak konsisten dalam laporan agensi yang diketuai PBB itu.

Moscow juga mengkritik penyiasat kerana menggunakan keterangan saksi yang diragui dan bukti yang tidak disahkan.

Russia sebelum ini mendakwa serangan gas sarin itu kemungkinan besar berpunca daripada bom yang diletupkan di darat bukannya oleh serangan udara Syria.

Britain menuduh Russia cuba melindungi Syria dan mendesak Moscow turut bertanggungjawab dalam serangan di Khan Sheikhun itu. – AFP/myMetro Online

Tags: PBBSyria
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

09/04/2026
0

REMBAU – Malaysia akan mengambil langkah proaktif memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyemak semula terma penugasan pasukan pengaman di Lubnan...

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

27/10/2025
0

ASEAN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji dasar luar Malaysia yang konsisten dan tidak berat sebelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd