• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syukur Harga Minyak Akhirnya AS$60 Setong

oleh
30/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Selepas dua tahun jatuh teruk, harga minyak mentah dunia kembali meningkat mulai Khamis lalu dan akhirnya berjaya melepasi paras psikologi AS$60 (RM255) setong lewat Jumaat.

Kejayaan tersebut menjadi berita gembira buat semua syarikat minyak global dan negara pengeluar petroleum di seluruh dunia sejak kali terakhir rekod harga tertinggi dicatatkan sekitar Julai 2015 lalu sebelum jatuh menjunam.

Ia pernah mencecah paras paling rendah dalam sejarah tahun lalu apabila berada di bawah AS$27 (RM115) sekali gus menyaksikan banyak syarikat minyak terpaksa ditutup atau membuang ribuan pekerja bagi menjimatkan kos.

Lazimnya, harga minyak perlu stabil lebih daripada minimum AS$50 (RM212) iaitu paras siling untuk menampung segala kos operasi syarikat dapat ‘bernafas’ termasuk bagi urusan membayar gaji petugas dan modal kerja cari gali.

Penganalisis ekonomi antarabangsa menyifatkan kejayaan melepasi had sasaran AS$60 memang sudah dijangka ekoran tindakan Arab Saudi dan Rusia selaku pengeluar utama mula mengawal penawaran berlebihan di pasaran.

Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dianggotai 14 buah negara yang dikawal Riyadh selain Moscow dengan sembilan negara pengeluar lain baru-baru ini juga mencapai kata sepakat mengenai isu kuota pengeluaran.

Ini memperlihatkan buat julung kali sejumlah 24 negara terlibat bersetuju mengehadkan pengeluaran keseluruhan kepada hanya 1.8 juta tong sehari ketika ini sehingga kontrak penghantaran bekalan pada akhir Mac 2018 depan.

Baca: Harga Sebiji Hamburger Di Venezuela Kini RM705

Juga: Krisis Ekonomi Berat Rakyat Venezuela Turun 10 Kilo

Bahkan OPEC dan 10 negara terbabit juga dikatakan merancang mahu melanjutkan kuota itu sehingga Disember tahun depan kerana berpendapat harga minyak tersebut mungkin boleh jatuh semula tanpa dijangka lebih awal.

Paras AS$60 itu sebenarnya belum cukup stabil kerana lazimnya apabila harga menjadi terlalu tinggi, pengeluar petroleum di Amerika Syarikat (AS) pula akan cuba meningkatkan lambakan bekalan sebagai strategi kecemasan.

Langkah pengurangan bekalan turut menyaksikan sebuah firma Arab Saudi, ACWA Power International sedia berbelanja AS$4 bilion (RM17 bilion) untuk pelbagai projek tenaga boleh diperbaharui sepanjang 2018 ini.

Pelaburan mega itu juga melibatkan Mesir, Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Maghribi sebagai tanda Arab Saudi mula menurunkan pergantungan kepada hasil sumber minyak sejajar dengan pelan Wawasan Nasional 2030.

Malah kenaikan harga tersebut dijangka membantu Venezuela yang suatu ketika pernah gah dengan harga runcit minyak terendah di dunia tetapi kini menanggung beban tunggakan hutang global lebih AS$1 bilion (RM4.2 bilion).

Sementara Malaysia yang turut kena tempias akibat kejatuhan teruk harga minyak sejak 2015 kemudian bertindak ‘bijak’ melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebagai sumber ekonomi alternatif mulai tahun itu.

Bagaimanapun, peningkatan harga minyak global dijangka memberi kesan terhadap corak perbelanjaan rakyat tetapi persoalannya, bersediakah pengguna di negara Islam Asia itu dengan trend impak lonjakan harga semasa?

Berbanding jirannya – Singapura, Indonesia dan Thailand tertekan harga minyak mahal, rakyat Malaysia wajar lebih bersyukur kerana kadar masih stabil bukan kuat merungut waima hanya naik 1 sen! – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: harga minyakOPEC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan penyelarasan subsidi termasuk menurunkan kuota Budi95 daripada 300 kepada 200...

Turunkan Minyak Sekarang Ini Tak Mampu Kita, Tapi Cukai Jalan Itu Boleh – PM Anwar

Turunkan Minyak Sekarang Ini Tak Mampu Kita, Tapi Cukai Jalan Itu Boleh – PM Anwar

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan mempertimbangkan untuk mengurangkan cukai jalan bagi kenderaan diesel sebagai langkah meringankan beban rakyat. Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd