• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peruntukan Bajet 2018 Tingkatkan Keupayaan ATM

oleh Ahmad Albab
27/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR Peruntukan RM14 bilion kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam Bajet 2018 akan membantu mempertingkat keupayaan ATM dalam menjamin kedaulatan dan keselamatan termasuk di kawasan sempadan dan perairan negara.

Panglima ATM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata peruntukan yang dicadangkan itu mencerminkan tugas yang digalas ATM dalam menajaga kedaulatan negara.

Beliau mengulas peruntukan itu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim berkata sebahagian daripada peruntukan itu akan digunakan untuk meningkat dan melengkapkan tahap keupayaan aset pasukan komando Grup Gerak Khas selain menambah pos kawalan sempadan Sabah dan Sarawak.

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin pula berkata peruntukan itu akan membolehkan TLDM meningkatkan keupayaan kapal tempur pesisir dengan persenjataan canggih.

“Ini tentunya akan meningkatkan aspek keselamatan maritim terutama di Selat Melaka, Laut China Selatan dan Laut Sulu,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Veteran ATM (PVATM) Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata pembinaan hospital khas untuk veteran ATM yang diumumkan Najib menunjukkan kerajaan tidak pernah lupa jasa golongan itu kepada negara.

Bagi pesara tentera, Arjunaidi Ariffin, 55, pembinaan hospital khas itu akan memberi banyak manfaat kepada golongan veteran yang amat memerlukan khidmat perubatan di samping membantu mengurangkan kos perbelanjaan. – BERNAMA

Tags: ATMBajet 2018
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Anggota TDM Maut Dalam Insiden Latihan Membaling Grenad Di Kem Hobart

Dua Anggota TDM Maut Dalam Insiden Latihan Membaling Grenad Di Kem Hobart

16/06/2026
0

Oleh Mynewshub  GURUN, 16 Jun – Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan dua anggotanya meninggal dunia selepas terlibat dalam satu insiden...

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghargai sokongan tidak berbelah bahagi Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail terhadap pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd