• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Bakal Perinci Barang Layak Dikecuali Cukai

oleh AK-47
27/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Kerajaan negeri Perak akan memperincikan barangan di Pulau Pangkor di sini yang boleh diberi pengecualian cukai sebelum merujuk ia kepada Kementerian Kewangan.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata usaha itu selari dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2018 hari ini yang mengisytiharkan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai.

Menyifatkan pengumuman itu sebagai bersejarah dan dinantikan oleh rakyat Perak, Zambry berkata Pulau Pangkor berada dalam konteks tersendiri apabila pengecualian cukai tidak melibatkan rokok, arak dan kenderaan berenjin.

“Dalam konteks bebas cukai tidak semestinya hanya dalam dua atau tiga item sahaja. Ada item lain seperti aksesori, pakaian, coklat dan pinggan mangkuk atau barangan lain yang boleh dilihat semula,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Zambry berkata pengumuman tersebut membuktikan kerajaan Barisan Nasional menunaikan manifesto yang dibuat pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lepas.

Selain itu, katanya pengisytiharan tersebut juga akan merangsang pertumbuhan lebih pesat ekonomi negara, selain merangsang kedatangan pelancong ke Perak.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri atas pengisytiharan itu yang menunjukkan keprihatinan beliau dengan apa yang disuarakan oleh pemimpin di peringkat negeri,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Syarikat Pelancongan Kampung Teluk Raja Bayang Pulau Pangkor, Muhammad Latif Saad berkata selaras dengan pengumuman itu, penduduk khususnya peniaga di pulau ini perlu mempelbagaikan perniagaan mereka sebagai usaha menarik kedatangan lebih ramai pelancong.

“Kalau sebelum ini Pulau Pangkor terkenal dengan hasil maritim terutama ikan bilis mata biru, kini pulau ini dapat mempelbagaikan lagi tarikan untuk pelancong,” katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Mohd Wazir Yusof yang mengusahakan Ceria Bogak Beach Resort pula berkata langkah kerajaan itu dapat merancakkan aktiviti pelancongan sekali gus meningkatkan pendapatan penduduk di pulau ini.

“Dengan kedudukan Pulau Pangkor yang strategik dan kos pengangkutan yang tidak begitu mahal, saya pasti ramai yang akan memilih pulau ini sebagai destinasi untuk membeli barangan bebas cukai,” kata Presiden Persatuan Hotel dan Resort Pulau Pangkor, Nasruddin Mohd Tahir. – BERNAMA

Tags: Cukai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan adakah syarikat utiliti negara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikenakan...

Kadar Elektrik Meningkat Lapan Bulan Berturut-Turut – Wee Ka Siong

Kadar Elektrik Meningkat Lapan Bulan Berturut-Turut – Wee Ka Siong

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Wee La Siong mendakwa bil elektrik semakin mahal yang turut dirasai oleh rakyat Johor ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd