• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Sahabat Susah Dan Senang, Kata Najib

oleh
29/10/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS mengumumkan pelbagai khabar gembira khusus pembentangan Bajet 2018 sebentar tadi, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakhiri ucapan dengan memberi kata pujian buat timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Najib, semua kejayaan yang dicapai adalah hasil kerjasama secara berpasukan dan Ahmad Zahid bukan sekadar timbalan tetapi beliau juga seorang sahabat yang setia.

“Dan segalanya hanya mampu diperbuat dan boleh dicapai dengan adanya kerjasama ikhlas sepasukan.

“Bertuahlah saya kerana mempunyai bukan sekadar seorang timbalan perdana menteri, tapi lebih jauh daripada itu, seorang sahabat yang setia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,” katanya dipetik laporan beberapa portal.

Dalam pada itu, Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu turut menghargai di atas walak (kesetiaan) tidak berbelah bahagi yang diberikan oleh ahli jemaah menteri dan pimpinan parti komponen dalam usaha membangunkan negara.

“Bersumpah dan berjanjilah bahawa kalau pun terpenggal putus tangan dari badan, sekali pun lumpuh kaki tidak bermaya, amanah dan harapan rakyat yang kita genggam jangan sekali-kali terlepas dan tergadai kepada pihak lawan.

“Ayuhlah, kita wajib tetap menggigit amanah yang diberikan itu dengan taring-taring dan geraham-geraham masing-masing sampai ke titisan darah terakhir membawa BN menuju kemenangan besar dalam pilihan raya umum ke-14 nanti, Insya-Allah,” katanya. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Bajet 2018Bajet Negara 2018Datuk Seri Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zaman Politik Sentimen Auta Pakatan Harapan Sudah Berlalu – Asyraf Wajdi

Zaman Politik Sentimen Auta Pakatan Harapan Sudah Berlalu – Asyraf Wajdi

07/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki melahirkan rasa hairan dengan kempen Pakatan Harapan (PH) dalam...

Facebook Najib Razak Hairan PH 24 Jam Seru Nama Najib

Facebook Najib Razak Hairan PH 24 Jam Seru Nama Najib

06/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman Facebook Najib Razak mempersoalkan mengapa bekas Perdana Menteri itu dijadikan fokus kempen oleh Pakatan Harapan (PH)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd