• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengecualian Cukai 50% Atas Sewaan Rumah Kediaman

oleh AK-47
27/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Buat pertama kalinya, Kerajaan hari ini mengumumkan pengecualian cukai ke atas pendapatan sewaan rumah kediaman sebanyak 50 peratus bagi pendapatan sewa sehingga RM2,000 sebulan kepada individu rakyat Malaysia yang bermastautin di Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini berkata pengecualian ini diberi bermula dari tahun taksiran 2018 hingga 2020, bertujuan menggalakkan pasaran sewaan rumah kediaman.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata Kerajaan juga akan menggubal Akta Sewaan Rumah Kediaman untuk melindungi penyewa dan pemilik rumah.

Perdana Menteri berkata dalam hal perumahan dan kediaman, Kerajaan juga akan merancakkan lagi usaha pemilikan rumah untuk rakyat dengan peruntukan RM2.2 bilion meliputi pelbagai projek perumahaman.

Najib berkata peruntukan itu meliputi 17,300 unit rumah Projek Perumahan Rakyat, 3,000 unit rumah program Rumah Mesra Rakyat di Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dan 210, 000 unit rumah di bawah program Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang berharga RM250,000 ke bawah.

“Untuk ini, RM1.5 bilion diperuntukkan bagi tempoh dua tahun untuk projek tersebut,” kata Najib dalam Bajet 2018 bertemakan ‘Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50)’ itu.

Selain itu, beliau berkata sebanyak 25,000 unit rumah akan disiapkan pada tahun depan di bawah Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) dan 128,000 unit lagi di bawah pelbagai peringkat pelaksanaan.

Perdana Menteri berkata turut disentuh adalah pembinaan 600 unit rumah di bawah program My Beautiful New Homes (MyBNHomes) untuk isi rumah golongan berpendapatan rendah (B40) antaranya di Terengganu, Pahang, Melaka, Johor, Sabah, Sarawak dan kawasan orang asli.

Najib turut memaklumkan, sebanyak 2,000 unit rumah akan dibina di bawah program MyDeposit untuk membantu pembayaran deposit, dan program MyHomes untuk pemaju menyediakan lebih banyak rumah mampu milik.

“Selain itu, sebanyak RM200 juta akan disediakan untuk penyelenggaraan dan pembaikan rumah, termasuk Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia,” katanya.

Najib berkata bagi menggalakkan lebih banyak pembinaan rumah mampu milik, skim ‘step-up financing’ yang diperkenalkan PRIMA akan dipanjangkan kepada pemaju perumahan swasta, berdasarkan kriteria yang akan ditetapkan.

Berkaitan rumah terbengkalai pula, Perdana Menteri berkata pengecualian duti setem ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik dicadang diberikan kepada kontraktor penyelamat dan pembeli asal rumah terbengkalai berkuat kuasa 1 Jan 2018 sehingga 31 Dis 2020.

Najib berkata bagi memudahkan penjawat awam memiliki rumah idaman, Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) akan membenarkan pembiayaan LPPSA ke atas hartanah yang dibangunkan di atas tanah wakaf mulai 1 Jan 2018.

Selain itu, beliau berkata yuran guaman berkaitan penyediaan perjanjian pembiayaan perumahan akan dimasukkan sebagai sebahagian daripada skop pembiayaan LPPSA.

Najib berkata turut dilaksanakan adalah kebenaran pembiayaan perumahan bersama daripada LPPSA, antara suami-isteri atau anak-anak, dengan syarat semua pemohon adalah anggota perkhidmatan awam.

Perdana Menteri menarik perhatian, pembiayaan perumahan bersama antara suami-isteri atau anak-anak turut dibenarkan dengan syarat, sekurang-kurangnya seorang pemohon adalah anggota perkhidmatan awam.

“Manakala pemohon bersama bukan penjawat awam perlu menggunakan pembiayaan institusi kewangan atau agensi yang mempunyai skim pembiayaan perumahan sendiri, yang bersetuju menjadi pemegang gadaian kedua,” katanya. – BERNAMA

Tags: Cukai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Tidak Pernah Bincang Tentang Pengenalan Cukai Langganan ChatGPT – Fahmi

Kerajaan Tidak Pernah Bincang Tentang Pengenalan Cukai Langganan ChatGPT – Fahmi

31/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak pernah membincangkan cadangan pengenalan cukai langganan ChatGPT seperti diperkatakan di media sosial, kata Menteri Komunikasi,...

Kalau Tak Bayar Cukai, Geledah Dan Ambil Tindakan – PM

Kalau Tak Bayar Cukai, Geledah Dan Ambil Tindakan – PM

01/03/2024
131

CYBERJAYA - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) perlu terus bersikap tegas dan berani dalam 'memburu' pembayar cukai yang culas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd