• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Perlu Berpindah Jika Diarah Pihak Berkuasa

oleh Ahmad Albab
04/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUDAT – Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri menasihatkan penduduk di daerah yang terjejas banjir agar segera berpindah ke pusat pemindahan apabila diarah berbuat demikian oleh pihak berkuasa.

Abdul Rahim, yang juga Anggota Parlimen Kudat, berkata penduduk tidak perlu menunggu sehingga keadaan bertambah teruk sebelum bersedia untuk berpindah ke pusat pemindahan.

Katanya Jawatankuasa Bencana Banjir peringkat daerah melibatkan semua agensi kerajaan diwujudkan yang dopengerusikan oleh Pegawai Daerah masing-masing.

“Semua Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung serta Ketua Kampung perlu bersikap proaktif dan sentiasa bersiap sedia menghadapi bencana dengan menghubungi bilik operasi banjir di Pejabat Daerah masing-masing apabila perlu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat mangsa banjir dan menyampaikan bantuan berupa makanan dan minuman kepada lebih 900 mangsa di pusat penempatan banjir di Sekolah Kebangsaan Sikuati, di sini hari ini.

Katanya anggota Markas Briged Kelima Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, sentiasa bersiap sedia untuk digembleng bagi membantu operasi banjir.

Abdul Rahim berkata dalam menangani bencana banjir di kawasan utara Sabah, khususnya di Kota Belud, Pitas dan Kudat, Briged Kelima juga telah menghantar 64 anggota, enam bot dan lapan trak tiga tan untuk membantu proses pemindahan di samping menyediakan pasukan perubatan bagi memberi perkhidmatan kesihatan. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=6lWbl4A_2MY

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd