• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM27 Bilion Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti

oleh AK-47
29/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM27 bilion diperuntukkan kerajaan bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti untuk tahun hadapan yang antaranya meliputi RM2.5 bilion bagi bekalan ubat-ubatan dan RM1.6 bilion untuk barangan ‘consumable’ dan sokongan perubatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, daripada jumlah itu juga sebanyak RM1.4 bilion diperuntukkan bagi menaik taraf dan menyelenggara fasiliti kesihatan, peralatan perubatan dan ambulans, termasuk pembinaan dewan bedah secara modular di tiga hospital iaitu hospital Muar, Banting dan Balik Pulau.

“Menaik taraf perkhidmatan kardiologi dan kardiotorasik di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar; RM100 juta untuk menaik taraf hospital dan klinik termasuk sistem pendawaian.

“RM50 juta (diperuntukkan) untuk bantuan haemodialisis dengan subsidi RM100 daripada keseluruhan kos RM110 setiap sesi rawatan. Maknanya mulai 2018, pesakit berdaftar hanya membayar RM10 sahaja bagi setiap sesi rawatan,” katanya semasa membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat.

Katanya, sebanyak RM40 juta akan diperuntukkan bagi Tabung Bantuan Perubatan, RM10 juta bagi menampung kos perubatan untuk rawatan ‘rare diseases’ yang kian meningkat dan RM30 juta disediakan bagi program Komuniti Sihat Perkasa Negara ke arah kesedaran mengenai kesan penyakit tidak berjangkit di 10,000 kawasan seluruh negara.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, sejumlah RM50 juta pula akan diperuntukkan kepada ‘Voluntary Health Insurance Scheme’ untuk memperkasa sektor kesihatan.

Selain daripada itu, perdana menteri berkata kerajaan akan membina hospital dan wad baharu meliputi dua blok wad wanita dan kanak-kanak di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dan Hospital Putrajaya dengan kapasiti 300 katil setiap satu dengan kos RM1 bilion.

Katanya, sebanyak RM500 juta pula diperuntukkan untuk pembinaan Pusat Kanser di Sungai Petani dengan kapasiti 200 buah katil, manakala sebanyak RM500 lagi disediakan untuk pembinaan blok klinik pakar dan wad baharu di Hospital Pulau Pinang yang berkapasiti 300 buah katil.

Katanya, sebanyak RM380 juta pula diperuntukkan untuk pembangunan pusat perkhidmatan perubatan forensik bertaraf antarabangsa di Hospital Kuala Lumpur. – BERNAMA

Tags: Bajet 2018Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Desas-desus kemungkinan pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin bertiup kencang susulan satu hantaran...

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd