• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Kementerian Kesihatan Menangani Banjir

oleh Ahmad Albab
04/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia akan meneruskan aktiviti dengan memberi tumpuan kepada isu pasca banjir bagi mengelakkan masalah kesihatan yang timbul di negeri terjejas banjir terutamanya di Kelantan.

Pasukan kesihatan yang terdiri dari Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Pembantu Kesihatan Awam, Pekerja Rendah Awam dan Pemandu akan melakukan aktiviti kawalan dan pencegahan penyakit berjangkit dan wabak.

Seramai 42 pasukan kesihatan dari luar negeri Kelantan telah digerakkan ke seluruh daerah terlibat bagi membantu aktiviti ini.

Penggunaan hand sanitizer amat digalakkan bagi menjaga kebersihan diri terutamanya bagi kawasan yang mempunyai masalah bekalan air bersih.

KKM juga akan membekalkan hand sanitizer ke pusat pemindahan bagi kegunaan mangsa banjir terutamanya pengendali makanan.

KKM juga memohon sumbangan hand sanitizer daripada syarikat atau individu bagi memastikan kesihatan orang awam yang terjejas banjir bebas daripada kuman-kuman yang boleh menyebabkan penyakit. Beberapa fasiliti kesihatan telah memulakan aktiviti pembersihan.

Sehubungan itu, KKM menasihatkan sukarelawan yang melaksanakan kerja-kerja pembersihan di klinik kesihatan atau hospital yang terjejas banjir menggunakan alat perlindungan diri yang bersesuaian semasa menjalankan aktiviti tersebut.

Antaranya adalah dengan memakai boot dan sarung tangan getah serta memakai baju lengan panjang dan berseluar panjang. Individu yang mempunyai masalah kulit atau luka tidak digalakkan terlibat dalam aktiviti pembersihan.

Orang ramai juga digalakkan untuk memakai penutup hidung dan mulut semasa melakukan aktiviti pembersihan apabila lumpur sudah mula kering dan menghasilkan debu.

KKM menasihatkan orang awam supaya segera datang ke klinik yang berhampiran bagi membuat pemeriksaan dan rawatan awal sekiranya menghadapi masalah kesihatan seperti deman, cirit-birit atau muntah-muntah.

SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:

Nama: En. Nor Suzaman B. Abdul Rahman

Telefon: 013-399 7025 / 03- 8883 3470

Emel: [email protected]

– BERNAMA

Tags: BanjirKKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

Imunisasi Tdap Untuk Ibu Hamil: Perisai Awal Lindungi Bayi Daripada ‘Batuk 100 Hari’

Imunisasi Tdap Untuk Ibu Hamil: Perisai Awal Lindungi Bayi Daripada ‘Batuk 100 Hari’

19/05/2026
0

PETALING JAYA, 19 Mei 2026 – Di sebalik kegembiraan menanti kelahiran cahaya mata, ramai ibu hamil mungkin tidak menyedari bahawa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd