• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laluan Alternatif Dibina Ganti Jambatan Sg. Tanum Yang Runtuh

oleh Ahmad Albab
03/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LIPIS – Pemasangan titi terapung dan jambatan pasang siap secara sementara akan dibina sebagai laluan alternatif bagi menggantikan Jambatan Sungai Tanum di Kampung Aur Gading yang runtuh akibat banjir.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pembinaan titi terapung akan dilaksanakan serta merta manakala jambatan pasang siap mengambil masa selama 24 jam dan ia dilaksanakan dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Kerja Raya.

“Titi terapung ini 50 meter panjang dan 2 meter lebar untuk digunakan penunggang motosikal dan pejalan kaki manakala jambatan pasang siap sepanjang 40 meter boleh digunakan kenderaan tidak melebihi 60 tan.

“Ia perlu dilaksanakan bagi membolehkan penduduk tempatan keluar dan masuk ke bandar Kuala Lipis seperti biasa, serta melancarkan rutin persekolahan apabila sesi persekolahan dibuka tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita.

Beliau melakukan lawatan kerja bersama Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof ke Kuala Lipis bagi meninjau keadaan Jambatan Sungai Tanum.

Dalam program sehari itu, Hishammuddin dan Fadillah juga meninjau dua lagi jambatan di sungai sama yang turut runtuh akibat dihanyutkan banjir selain mereka beramah mesra dengan penduduk setempat.

Jambatan konkrit Sungai Tanum itu merupakan jalan utama bagi penduduk Kampung Aur Gading untuk ke bandar Kuala Lipis yang mengambil masa selama setengah jam.

Runtuhan jambatan itu telah menjejaskan kira-kira 3,000 penduduk dari Kampung Aur Gading, Kampung Berkam dan Kampung Bukit Betong untuk berulang-alik ke bandar.

Laluan yang ada ketika ini hanya di kawasan Felda yang hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda.

Hishammuddin berkata pembaikan jambatan berkenaan sepenuhnya mungkin akan mengambil masa.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata beliau akan ke Kelantan esok untuk meninjau kerja-kerja pembersihan pasca banjir dan menyeru sukarelawan khususnya anggota pasukan Wataniah agar turut serta.

“Keutamaan pembersihan adalah di sekolah-sekolah. Peralatan kita akan bekalkan melalui Majlis Keselamatan Negara,” katanya.

Hishammuddin berkata sehingga semalam, sebanyak 303 penerbangan menggunakan aset Tentera Udara Diraja Malaysia dilakukan bagi menjayakan Ops Murni di seluruh negara sejak 25 Dis lepas, manakala sebanyak 670 tan bekalan banjir telah disalurkan ke negeri terlibat melalui penerbangan itu. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd