• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Tinjau Persiapan Akhir Bajet 2018

oleh Ahmad Albab
27/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meninjau persiapan terakhir Bajet 2018 di Kementerian Kewangan di sini.

Ketibaan Najib yang juga Menteri Kewangan disambut pegawai dan petugas kementerian yang terlibat dalam penyediaan belanjawan itu, sebelum beliau melawat bilik-bilik operasi.

Beliau diiringi Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz dan Datuk Lee Chee Leong; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dalam tinjauan itu.

Kebiasaannya, tinjauan persiapan bajet dilakukan pada waktu malam sehari sebelum hari pembentangan belanjawan.

Najib dijadual membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat esok.

Dalam entri blog najibrazak.com, perdana menteri berkata Bajet 2018 merupakan inisiatif baharu dan beberapa pengumuman penting akan disampaikan untuk manfaat semua rakyat Malaysia.

Beliau berkata bajet itu akan terus dipacu oleh matlamat untuk memperbetulkan masalah lalu dan menjadikan Malaysia lebih kuat, lebih berdaya saing di dalam dan di luar negara. – BERNAMA

Tags: Bajet 2018Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Para perwakilan DAP perlu dijelaskan bahawa sekiranya mereka memilih untuk parti itu kekal dalam kerajaan pada Ahad...

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

27/07/2026
0

SEREMBAN – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Nazifuddin Najib berkata jasa seseorang pemimpin tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd