• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mengenai Kos Sara Hidup, Perbelanjaan Hidup

oleh AK-47
25/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rakyat kini sedang menunggu-nunggu pembentangan Bajet Negara 2018 yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual membentangkannya di Dewan Rakyat pada pukul 4 petang Jumaat ini.

Seperti biasa bajet menarik perhatian ramai bukan sahaja dalam kalangan ahli perniagaan, pelabur, penjawat awam dan sebagainya tetapi juga orang awam.

Bajet akan datang ini terutamanya menarik banyak perhatian kerana negara kini berada di pusingan akhir dalam membuat persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 yang mesti diadakan sebelum bulan Ogos tahun depan.

Maka para pemerhati dan penganalisis bersepakat melabelkan bajet 2018 sebagai ‘bajet pilihan raya’. Selaras dengan ini, harapan rakyat secara umum adalah lebih tinggi daripada biasa dengan ‘senarai kehendak’ mereka menjadi lebih panjang daripada biasa.

Ramai rakyat pada kali ini berharapkan lebih banyak ‘goodies’ (habuan) dalam bentuk insentif, potongan cukai, bonus bagi penjawat awam dan pesara, kenaikan bayaran BR1M, kenaikan jumlah elaun bagi nelayan atau subsidi pengeluaran lebih tinggi buat petani.

Sebagai pemimpin kerajaan yang bertanggungjawab dan prihatin, Datuk Seri Najib yang juga Menteri Kewangan sudah tentu mahu menyenangi dan memuaskan harapan segenap anggota masyarakat.

Namun setiap orang tahu ia mustahil dilakukan. Perlu dihargai bahawa dalam merangka dokumen bajet, kerajaan perlu mengambil pertimbangan jumlah hasil yang disasar untuk dipungut bagi tahun yang dipersoalkan dan menimbang terhadap kehendak rakyat sementara pada masa sama memastikan kemapanan momentum pergerakan ekonomi.

Walaupun prestasi ekonomi adalah memberangsangkan bagi beberapa tahun lalu dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) akan mencecah 5.4 peratus tahun ini berbanding 42 peratus tahun lalu seperti yang dilapor Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), kerajaan masih perlu mengekal disiplin fiskal kewangannya dan janji mengurangkan secara berperingkat-peringkat kelemahan bajet kepada hampir keseimbangan menjelang tahun 2020.

Defisit tahun ini berada pada tahap 3 peratus daripada GDP. Ditambah dengan itu, senario geopolitik global masih belum menentu walaupun terdapat petunjuk semasa yang jelas mengenai peningkatan suasana ekonomi dunia.

Walau apa pun kes kemungkinannya, satu perkara yang pasti ditangani bajet ialah mengenai isu kenaikan kos sara hidup yang menjadi rungutan terutama dalam kalangan isi rumah golongan bawah 40 peratus (B40) dan pertengahan 40 peratus (M40).

Ini sentasa diberi penekanan pada bajet terdahulu. Kali ini kerajaan dijangka akan terus memperkenalkan langkah bagi melegakan bebanan rakyat susulan kenaikan kos. Ini adalah amat selari dengan strategi kerajaan bagi menjaga ekonomi rakyat.

Namun tiada seorang pun yang boleh mengharapkan keajaiban. Harga akan naik dari setahun ke setahun dengan ada atau tanpa cukai baharu. Dengan kenaikan harga, kos akan turut naik termasuk kos hidup.

Tetapi apa sebenarnya yang membuat kos sara hidup? Bagaimana ia didefinasi? Bagaimana ia diukur?

Secara ekonomi, ia berkait rapat dengan Indeks Harga Pengguna atau CPI sedia ada.

Kini item yang dimasukkan dalam raga CPI dikategorikan umum seperti: pengangkutan, makanan dan minuman bukan beralkohol, restoran dan hotel, kesihatan, barangan perhiasan, perlatan dan penjagaan rumah biasa, perumahan, air, elektrik, gas, bahan bakar, pendidikan, perkhidmatan rekreasi dan budaya, tembakau, pakaian dan alas kaki serta komunikasi.

Barangan ini dikategori di bawah kategori di atas yang selalunya diperlukan orang biasa yang perlu dipenuhi bagi melangsungkan kehidupan. (Barangan) selain daripada ini tidak dianggap sebagai ‘keperluan’ tetapi ‘kehendak’, memberi pilihan sama ada perlu atau tidak memenuhi ‘kehendak’ berkenaan bergantung kepada keupayaan kewangan seseorang. – BERNAMA

Tags: Bajet Negara 2018Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd