• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penemuan Tengkorak Di Tronoh Tiada Unsur Jenayah

oleh AK-47
25/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Jabatan Patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun mengesahkan empat tengkorak dan beberapa tulang manusia yang ditemui di dalam empat tempayan di kawasan bukit berhampiran Kampung Baru Nalla, Tronoh semalam tidak mempunyai kaitan dengan unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Mohd Nasri Omar berkata tengkorak dan tulang itu kemungkinan daripada kubur lama yang dikorek secara tidak sengaja.

“Tulang-tulang itu didapati telah (mati) perpuluh-puluh tahun lalu kerana keadaannya yang sudah reput. Tulang-tulang yang ditemui itu tidak lengkap untuk cukupkan kepada empat manusia dan ada beberapa bahagian tulang lebih daripada sepatutnya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata tengkorak dan tulang itu ditemui oleh kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) di dalam empat tempayan yang berada antara tiang elektrik di atas puncak bukit itu pada tengah hari semalam, sebelum memaklumkannya kepada pihak polis yang bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya puncak bukit itu dikelilingi ladang sawit yang tidak lagi diusahakan dan di sebelah kiri tiang elektrik terdapat lombong lama yang sudah tidak beroperasi kira-kira 17 tahun serta jirat Cina yang terletak kira-kira 10 kilometer dari lokasi penemuan.

“Penduduk kampung berdekatan juga mendapati mereka tidak pernah mengetahui atau mendengar aktiviti melibatkan pemujaan serta tidak pernah mengetahui sebarang kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan tersebut kerana ia berada jauh dari kawasan perkampungan,” katanya.

Mohd Nasri berkata penduduk kampung yang terdiri daripada kaum Cina menyatakan kemungkinan terdapat aktiviti pemindahan tulang-tulang nenek moyang atau saudara yang telah lama meninggal dan ditempatkan semula di kawasan yang mempunyai ‘feng shui’ yang lebih baik. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Menyambut Aidiladha

Tunku Mahkota Ismail Ucap Selamat Menyambut Aidiladha

26/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Baginda...

Kerajaan Johor Akan Terus Beri Kerjasama Kepada ATM – Onn Hafiz

Kerajaan Johor Akan Terus Beri Kerjasama Kepada ATM – Onn Hafiz

26/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor akan terus memberikan sokongan dan kerjasama sewajarnya kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd