• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Hantar 24,700 Sukarelawan, Bersih Dan Baiki Rumah

oleh Ahmad Albab
03/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menghantar 24,700 sukarelawan bagi membantu operasi pasca banjir di beberapa negeri yang dilanda musibah itu.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tumpuan utama misi membabitkan pegawai serta kakitangan dengan dibantu Skuad Muda KDN daripada jabatan dan agensi di bawah kementerian itu adalah membersih dan membaiki kediaman penduduk yang rosak akibat banjir.

Mereka yang turut dibantu sukarelawan daripada badan bukan kerajaan di Wilayah Persekutuan akan turun sebagai kumpulan untuk pembersihan dan pembaikan rumah, katanya selepas melepaskan misi Skuad Muda KDN di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata misi itu juga membawa bekalan makanan, pakaian, peralatan sekolah serta perkakasan membaiki dan membersih rumah membabitkan 25 buah lori, sebuah trailer, 10 kenderaan pacuan empat roda dan 36 kenderaan ringan.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata KDN tidak pernah megeluarkan permit penerbitan kepada akhbar asing yang kini didapati dijual secara terbuka di kawasan yang didominasi pendatang asing.

Malah, katanya beliau telah mengarahkan pemangku Ketua Setiausaha Kementerian dan Setiausaha Bahagian Penerbitan melaksanakan segera tindakan penguatkuasaan termasuk merampas serta mengambil tindakan ke atas mereka yang menjual bahan-bahan berkenaan.

“Satu tindakan serta merta telah dibuat dan hasilnya sejumlah 1,119 naskah (akhbar asing) telah dirampas di empat premis di sekitar Kuala Lumpur pagi tadi mengikut Seksyen 5 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Saya ucapkan terima kasih kepada akhbar berkenaan yang telah melakukan pendedahan…ini akan merangsang kami untuk terus melakukan aktiviti penguatkuasaan dengan lebih meluas bukan hanya di kawasan Lembah Klang tetapi juga di beberapa kawasan pekerja asing yang lain yang membawa bahan-bahan penerbitan daripada negara asal mereka,” katanya.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar perdana hari ini berkaitan penjualan akhbar asing itu secara terbuka di atas kaunter di premis perniagaan dimonopoli warga asing yang penerbitan dan pengedarannya dikhuatiri boleh menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara kerana akhbar yang diterbitkan dalam bahasa asing itu, tidak dikawal dan dipantau kandungannya.

Bagi memastikan aktiviti itu daripada berlarutan, Ahmad Zahid berkata KDN akan bertemu duta dari negara terbabit Isnin ini bagi mendapatkan penjelasan terperinci bagaimana bahan-bahan itu boleh dijual di sini serta langkah penguatkuasaan yang boleh diambil bagi membendung penularan penjualannya.

Menurut laporan itu, antara penerbitan atau akhbar asing yang senang ditemui ialah dari Myanmar, Bangladesh, Nepal dan Indonesia.- BERNAMA

Tags: BanjirZahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd