• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Noriah Sempat Telefon Anak Sebelum Meninggal Dunia

oleh AK-47
24/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Noriah Kasa, 40, mangsa yang maut dalam kemalangan bas kilang di Juru hari ini, sempat menelefon anak sulungnya dan meminta tolong sejurus selepas kemalangan di Km147 Lebuhraya Utara Selatan menghala utara berhampiran Plaza Tol Juru, di sini.

Muhammad Shahsalzuan Zainal Abidin, 30, berkata ibu saudaranya itu menelefon Norasyikin Zuryanidufizan, 22, memberitahu beliau tersepit dalam kemalangan itu.

Noriah adalah antara lapan pekerja wanita yang maut dalam kemalangan membabitkan dua bas kilang dan sebuah van kilang pada 5.30 pagi ini.

Dalam kemalangan itu, bas yang membawa pekerja kilang Sony terdiri daripada warga Indonesia dan Nepal telah berhenti di lorong kiri kerana mengalami kerosakan enjin sebelum dilanggar bas membawa pekerja tempatan dari Parit Buntar untuk ke kilang di Bayan Lepas.

Sementara itu menceritakan lanjut mengenai panggilan terakhir itu, Mohd Sabri Azhar, 23, iaitu tunang kepada Norasyikin, berkata ketika mendapat panggilan telefon itu, Norasyikin yang menaiki van untuk ke tempat kerja terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

“Syikin tolong ibu…tolong ibu…sebelum panggilan terputus,” cerita Mohd Sabri yang turut berada di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya, dekat sini.

Terdahulu Zarul Haziq Zuryanidufizan, 12, yang merupakan anak bongsu Noriah, berkata kali terakhir dia bertemu ibunya ialah pada Sabtu lepas ketika Noriah datang melawatnya di Madrasah Darul Furqan Sungai Rusa, di Balik Pulau.

“Ibu ada bawakan stok makanan untuk saya. Masa jumpa hari tu ibu tak ada tunjuk apa-apa perubahan. Ibu hanya pesan jaga diri baik-baik…saya akan baca surah Yasin dan al-Fatihah hari-hari untuk ibu,” kata anak bongsu daripada tiga beradik itu.

Beliau berkata ibunya yang mahu dia belajar di sekolah tahfiz itu dan kini dia telah menghafaz dua juzuk al-Quran selepas 10 bulan bersekolah di situ.

“Sebelum ini saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Permatang Gerdung, Bagan Serai, Perak. Ibu yang nak saya sekolah di sekolah tahfiz, saya hanya kata ok pada ibu,” katanya.

Ditanya apa yang paling dirindui tentang ibunya, Zarul Haziq berkata beliau paling merindui masakan ibunya iaitu ikan patin masak tempoyak.

Jenazah Noriah telah dibawa pulang ke Bagan Serai, Perak untuk dikebumikan di sana. – BERNAMA

Tags: kemalangan bas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini  Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

24/06/2026
0

Oleh Mynewshub GOPENG, 23 Jun 2026 – Sebanyak lapan individu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori kontena,...

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub  PEKAN – Perjalanan pulang bertukar tragedi apabila seorang doktor bersama anak perempuannya yang baru berusia dua tahun antara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd