• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Setuju Tempatkan Atase MKN Di Bangladesh

oleh AK-47
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara dasarnya bersetuju dengan cadangan penempatan seorang atase kemanusiaan dan kebajikan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Bangladesh, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Selain menzahirkan komitmen Malaysia membantu etnik Rohingya di kem-kem pelarian di Bangladesh, penempatan atase kemanusiaan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka itu dapat memastikan koordinasi lebih tersusun dalam aspek penyelarasan bantuan khususnya daripada badan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia, katanya.

“Koordinasi ini bukan sahaja terhad kepada bantuan-bantuan daripada pihak kerajaan sahaja sebaliknya mencakupi penyelarasan kepada sebarang bantuan dan aktiviti kemanusiaan yang dilakukan oleh NGO Malaysia.

“Ini bagi mengelak kejadian salah pilih rakan kongsi bantuan oleh NGO dari Malaysia sehingga niat baik untuk menolong ditolak oleh kerajaan Bangladesh atas faktor-faktor tertentu,” katanya mengulas mengenai beberapa NGO Malaysia yang berdepan masalah disebabkan rakan NGO mereka tidak diiktiraf oleh kerajaan Bangladesh.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menjayakan dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Kluster Keselamatan Bersama Belia di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari ini. Dialog selama satu jam setengah itu dikendalikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin selaku perantara.

Ahmad Zahid selepas melawat Kem Pelarian Rohingya di Kutupalong dan Cox’s Bazar pada 17 Oktober lepas dilaporkan berkata akan mencadangkan kepada jemaah menteri pada mesyuarat Kabinet supaya langkah menempatkan atase itu dapat dilakukan segera. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Para perwakilan DAP perlu dijelaskan bahawa sekiranya mereka memilih untuk parti itu kekal dalam kerajaan pada Ahad...

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

27/07/2026
0

SEREMBAN – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Nazifuddin Najib berkata jasa seseorang pemimpin tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd