BALING – Seorang anggota Unit Kereta Peronda (MPV) polis ditemui mati akibat tertembak dengan senjata sendiri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling di sini, pagi tadi.
Sumber polis berkata, anggota berusia 48 tahun dan berpangkat koperal itu ditemui mati di dalam bilik air kantin IPD berkenaan kira-kira jam 10 pagi dengan kesan tembakan di kepala.
Turut ditemui senjata api jenis Walter P99 milik mangsa dan polis sedang menyiasat punca sebenar kejadian. – BHarian Online

