• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Boleh Batal Permit Syarikat Pengawal Keselamatan

oleh Ahmad Albab
24/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membatalkan permit syarikat pengawal keselamatan daripada beroperasi jika syarikat itu didapati menggaji pengawal yang tidak mempunyai dokumentasi pekerjaan ataupun dokumen palsu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata malah KDN boleh membatalkan permit syarikat terbabit tanpa perlu memberikan amaran terakhir kerana ia sebagai langkah membendung penyusupan pengganas daripada warga asing yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.

“KDN juga amat bertegas (terhadap) mana-mana syarikat yang mengambil pekerja tanpa dokumen, atau mempunyai dokumen palsu atau mempunyai unsur-unsur jenayah maka syarikat itu akan terbatal tanpa adanya amaran akhir,” katanya pada Persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menjawab soalan tambahan Datuk Seri Abdul Manan Ismail (BN-Paya Besar) ketika sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri mengenai sama ada KDN memperketatkan syarat pengambilan pengawal keselamatan berikutan penahanan tujuh pengikut Abu Sayyaf di ibu negara pada 14 Sept lalu.

Beliau juga berkata KDN telah menjalin kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam mengesan penyebaran maklumat dan pengaruh berkaitan keganasan membabitkan kumpulan militan Daesh. – BERNAMA

Tags: KDNpengawal keselamatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

Zara Qairina Ditemui Tidak Sedar Diri, Tengkuk Berdarah – Pengawal Keselamatan

Zara Qairina Ditemui Tidak Sedar Diri, Tengkuk Berdarah – Pengawal Keselamatan

10/09/2025
0

KOTA KINABALU: Pengawal keselamatan memberitahu Mahkamah Koroner, di sini, hari ini, beliau menemukan Allahyarham Zara Qairina Mahathir terlentang di dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd