• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khalwat: Warga Bangladesh Sanggup Sembah Kaki

oleh Ahmad Albab
04/01/2015
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – “Saya sanggup sembah kaki tuan. Tolonglah, lepaskan saya,” demikian rayuan seorang warga Bangladesh bagi mengelakkan diri dicekup dalam operasi dijalankan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), kelmarin.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, lelaki berusia 27 tahun berkenaan ditahan bersama pasangannya seorang wanita Kadazan berusia 30.

“Lelaki Bangladesh itu memberitahu mereka merancang untuk berkahwin, malah teman wanitanya dalam proses mendalami Islam.

“Mereka antara 15 orang berusia antara 16 hingga 34 tahun yang ditahan dalam operasi di sekitar bandar raya ini,” katanya.

Menurutnya, turut ditahan dalam operasi itu adalah duda anak dua bersama pasangannya berusia 30 tahun dalam hotel sama.

“Ketika serbuan, lelaki berusia 34 tahun itu cuba melarikan diri dengan terjun dari tingkat dua bilik hotel menggunakan selimut putih.

“Pasangannya pula memberikan alasan membeli peralatan persekolahan untuk anak pasangannya berusia 9 dan 14 tahun sebelum mengambil keputusan menyewa bilik hotel,” katanya.

Dalam serbuan di hotel berlainan, seorang lelaki tidak berbaju dan hanya berseluar jeans pendek berusia 28 tahun cuba meloloskan diri melalui lubang siling tandas hotel.

Anggota Jaik bertindak mengetuk pintu tandas berulang kali namun lelaki berkenaan enggan keluar sebelum dipujuk pasangan wanitanya.

Syeikh Mohd berkata, wanita berusia 28 tahun berkenaan mendakwa mereka adalah sepupu yang datang dari Langkawi semata-mata mahu meraikan sambutan tahun baharu.

“Kesemua yang disyaki bersekedudukan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar sebelum dibawa ke Pejabat Jaik untuk disoal siasat,” katanya. – Sinar Harian

Video lama …bukan operasi baru

Tags: khalwat
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Suami Orang Dakwa Dalam Proses Cerai, Dicekup Berkhalwat Bersama Janda

Suami Orang Dakwa Dalam Proses Cerai, Dicekup Berkhalwat Bersama Janda

20/12/2025
0

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki berstatus suami orang dan seorang wanita berstatus janda dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri...

Lelaki Dalam Proses Cerai Ditangkap Khalwat Dengan Anak Dara

Lelaki Dalam Proses Cerai Ditangkap Khalwat Dengan Anak Dara

21/11/2025
0

Johor Bahru: Seorang lelaki yang mendakwa dalam proses bercerai ditangkap berkhalwat dengan anak dara oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd