• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBB Undi Lanjut Siasatan Serangan Di Syria

oleh Ahmad Albab
24/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengundi hari ini untuk menentukan jika siasatan antarabangsa berkaitan serangan senjata kimia di Syria perlu dilanjutkan, kata diplomat.

Amerika Syarikat (AS) memohon undian diadakan berkaitan satu deraf resolusi dibentangkan minggu lalu, membolehkan panel gabungan Larangan Senjata Kimia (OPCW) PBB, menambah tempoh setahun lagi.

Ini untuk mengenal pasti dalang serangan gas toksik dalam perang enam tahun Syria.

Langkah itu kemungkinan berdepan bantahan daripada Russia, sekutu Syria, yang mahu melihat laporan berkaitan serangan gas sarin di Khan Sheikhun Khamis ini sebelum membuat keputusan.

Duta AS, Nikki Haley menggesa majlis PBB bertindak segera sekali gus menyokong tugas berterusan panel dikenali Mekanisme Penyiasatan Bersama (JIM) yang mandatnya berakhir 18 November ini.

Britain, Perancis dan AS menuduh tentera Presiden Bashar al-Assad menggunakan gas sarin menyerang kampung diduduki pemberontak, 4 April lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 87 orang, termasuk lebih 30 kanak-kanak.

Bulan lalu, penyiasat jenayah perang PBB berkata, mereka mempunyai bukti tentera udara Syria menjadi dalang serangan Khan Sheikhun walaupun berulang kali dinafikan Damsyik.

“Ini bukan soal politik atau kandungan laporan akan datang, namun untuk memastikan tanggungjawab terhadap mereka yang menggunakan senjata berbahaya sama ada anggota PBB atau sebaliknya,” tulis Haley dalam surat kepada duta lain minggu lalu. – AFP/BH ONLINE

Tags: PBBSyria
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

09/04/2026
0

REMBAU – Malaysia akan mengambil langkah proaktif memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyemak semula terma penugasan pasukan pengaman di Lubnan...

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

27/10/2025
0

ASEAN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji dasar luar Malaysia yang konsisten dan tidak berat sebelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd