• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengebom Bunuh Diri Wanita Sebabkan 13 Terbunuh

oleh AK-47
23/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAIDUGURI – Seramai 13 orang terbunuh, manakala lima yang lain cedera, apabila seorang pengebom bunuh diri meletupkan dirinya di sebuah kem pelarian di bandar Maiduguri di timur laut Nigeria pada Ahad.

Pesuruhjaya Polis, Damian Chukuw berkata, kejadian berlaku di Muna Garage, kawasan menempatkan kem untuk pelarian yang melarikan diri daripada konflik keganasan.

Dua lagi insiden oleh penyerang bunuh diri, mengakibatkan lebih sedozen yang lain cedera.

Ketiga-tiga serangan itu, dipercayai dilakukan pengebom bunuh diri wanita.

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu, tetapi menurut polis militan Boko Haram dipercayai dalang di sebalik serangan berkenaan.

Mangsa terkorban terdiri penduduk yang sedang membeli makan malam di sebuah restoran, sementara dua lagi pengebom berani mati meletupkan diri mereka beberapa minit kemudian, menyebabkan 16 orang cedera.

Sejak lapan tahun lalu, keganasan oleh pemberontak Boko Haram, membunuh lebih 20,000 orang.

Satu laporan dikeluarkan Amnesty International iaitu sebuah kumpulan penyokong hak asasi manusia pada bulan lepas, mendedahkan sekurang-kurangnya 223 orang awam terbunuh sejak April, bulan Ogos sahaja 100 orang awam maut.

Sejumlah 2.3 juta orang di Nigeria, Cameroon, Chad dan Niger terpaksa berpindah dan lebih tujuh juta lagi menghadapi masalah kekurangan makanan yang serius. – BERNAMA

Tags: bunuh diriPengebom
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

12/02/2026
0

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali hingga maut sebelum ditemui meninggal dunia di SPK Damansara, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd