• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Juga Jadi Mangsa Buli Siber” – Rosmah

oleh AK-47
23/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini berkata beliau juga menjadi mangsa berita palsu dan buli siber.

Dalam ucapannya pada seminar “Selamatkan Kami Wanita dan Kanak-kanak #CyberSafe” hari ini, beliau menggesa orang ramai supaya tidak tertipu oleh akaun Facebook palsu yang menggunakan namanya.

“Saya tidak tahu bagaimana menggunakan Internet … Jika anda melihat laman Facebook ‘saya’, ia sebenarnya bukanlah milik saya.

“Saya tidak tahu siapa yang mempunyai banyak masa untuk membuat akaun Facebook untuk saya.

“Saya tidak mempunyai Facebook, jadi jangan tertipu … Itu bukanlah saya, kamu semua telah ditipu,” katanya, menceritakan pengalaman peribadi beliau mengenai pengaruh berita palsu dan buli siber (cyberbullying).

Rosmah menegaskan bahawa masyarakat tidak sepatutnya mempercayai “kenyataan lucu” yang didakwa diperkatakan olehnya di Internet.

Mengenai pembulian siber, Rosmah memceritakan bahawa seseorang pernah meminta pendapatnya tentang bagaimana beliau dapat kekal tenang walaupun semua berita palsu itu tersebar setiap hari.

“Saya tidak memiliki telefon pintar, saya masih menggunakan telefon lama yang ‘antik’ berjenama Samsung.

“Pada saya, ini adalah kebahagiaan kerana saya tidak tahu bagaimana untuk menggunakan teknologi canggih.

“Saya fikir ia adalah satu rahmat tersembunyi kerana semua cerita palsu tentang saya … Saya tidak tahu-menahu. Oleh itu, saya tidak emosional atau berasa tertekan tentangnya,” katanya.

Seminar jenayah  hari ini dianjurkan oleh Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia.

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim; Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk P. Kamalanathan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said; Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah dan Presiden NCWO, Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Sharifah Hapsah. – MYNEWSHUB.CC

Tags: buli siberDatin Seri Rosmah Mansorkes buli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Keputusan AGC Tarik Balik Rayuan Kes Rosmah Dibuat Ikut Lunas Undang-undang – PM Anwar

Keputusan AGC Tarik Balik Rayuan Kes Rosmah Dibuat Ikut Lunas Undang-undang – PM Anwar

12/12/2025
0

LANGKAWI: Keputusan pihak pendakwaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd