• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Johor Berkenan Melawat Kampung Parit Bugis

oleh Ahmad Albab
23/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mencemar duli melawat Kampung Parit Bugis, Sungai Balang di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba baginda dengan menaiki kenderaan rasmi diiringi Pegawai Daerah Muar, Mohd Noorazam Osman, ternyata mengujakan hampir 300 penduduk kampung berkenaan.

Sebagai raja yang berjiwa rakyat, Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa kira-kira sejam bersarapan dan bersembang serta bergambar bersama penduduk di kampung terbabit.

Baginda turut berkenan menyaksikan persembahan Reog, iaitu pementasan cerita rakyat dahulu kala yang berasal dari Ponorogo, Jawa Timur, dan melawat pameran mengenai sejarah Kampung Parit Bugis seperti asal usul nama kampung berkenaan serta latar belakang penduduk awal kampung terbabit.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Balang, Zaiton Ismail dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Muar, Datuk Ashari Sarip.

Sebelum berangkat pulang, baginda sempat melawat ke bahagian dalam rumah Ketua Kampung Parit Bugis Saifudin Mohd Kadak yang dijadikan inap desa.

Perkampungan itu terdiri daripada 12 penempatan iaitu Parit Masjid, Parit Gantong, Kampung Melayu, Parit Begelen, Simpang Sekolah, Parit Bugis, Parit Nombor 1 hingga 5 dan Sungai Balang Kecil.

Kawasan itu dibuka pada 1909 oleh orang Bugis yang diketuai Daeng Saribut dan Daeng Abu Bakar dengan menanam getah. – BERNAMA

Tags: Sultan Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

27/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari...

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

27/09/2023
0

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penamaan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd