• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shaharudin Ketua Polis Daerah Dang Wangi Baharu

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) (Operasi) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah ACP Shaharudin Abdullah menerima tugas sebagai Ketua Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.

Beliau menggantikan ACP Mohd Sukri Kaman yang akan bertukar jawatan sebagai Penolong Pengarah Pengurusan (Keselamatan/Sukan/Rekreasi), Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh.

Terdahulu, dalam ucapan perpisahannya Mohd Sukri mengingati pegawai dan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi supaya meneruskan semangat kerja berpasukan tanpa mengira penugasan cawangan.

Beliau berkata pembentukan modal insan terutamanya aspek integriti dalam kalangan anggota antara kunci kejayaan bagi memastikan kadar indeks jenayah menurun.

“IPD Dang Wangi perlu meneruskan sasaran petunjuk prestasi utama (KPI) seperti yang ditetapkan pucuk pimpinan dan menambah baik kejayaan sedia ada agar imej akan melonjak tinggi pada masa depan,” katanya.

Mohd Sukri yang telah berkhidmat di IPD Dang Wangi selama 11 bulan berkata beliau berjaya mencapai sasaran KPI yang ditetapkan Amar Singh.

Beliau berkata kadar jenayah indeks di daerah Dang Wangi pada tahun ini menunjukkan penurunan 27.1 peratus iaitu 2,680 kes bagi tempoh Januari hingga September berbanding tempoh sama pada tahun lepas.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Amar Singh yang turut menerima tugas sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman hari ini.

Kedua-dua pegawai kanan itu akan memulakan tugas secara rasmi berkuat kuasa 30 Okt ini.

Tempat Amar Singh akan digantikan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim. – BERNAMA

Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pembetulan: Cadangan Makanan Tidak Halal Di Graham Garden Tidak Melibatkan Kebenaran Arak, Ditolak Dalam AGM

Pembetulan: Cadangan Makanan Tidak Halal Di Graham Garden Tidak Melibatkan Kebenaran Arak, Ditolak Dalam AGM

18/10/2026
0

PUNCAK ALAM – Mynewshub merujuk laporan bertajuk “Resolusi Benar Hidangan Arak, Daging Babi Di Dewan Komuniti Dikhuatiri Cetus Polemik” yang...

Fadhlina Menghadap Raja Permaisuri Agong, Baginda Zahir Keprihatinan Mendalam Terhadap Kesihatan, Pendidikan Anak-Anak

Fadhlina Menghadap Raja Permaisuri Agong, Baginda Zahir Keprihatinan Mendalam Terhadap Kesihatan, Pendidikan Anak-Anak

18/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan keprihatinan mendalam terhadap kesihatan dan pendidikan anak-anak susulan situasi jerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd