• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 RUU Ditarik Balik Pada Persidangan Dewan Rakyat

oleh Ahmad Albab
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua rang undang-undang (RUU) iaitu RUU Sistem Insurans Pekerjaan 2017 dan RUU Setem (Pindaan) 2017 yang dijadual untuk bacaan kali kedua pada persidangan Dewan Rakyat hari ini ditarik balik.

Usul menarik balik RUU itu masing-masing dikemukakan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Riot dalam kenyataan berkata RUU itu ditarik balik bagi membolehkan RUU Sistem Insurans Pekerjaan 2017 yang baharu dibentangkan untuk bacaan pertama pada esok.

Beliau berkata kerajaan komited untuk melaksanakan Sistem Insurans Pekerjaan mulai Januari 2018.

“Pelaksanaan sistem insurans pekerjaan akan merangkumi semua majikan dan pekerja di sektor swasta iaitu seramai lebih kurang 430,000 majikan dan 6.6 juta pekerja,” katanya.

Katanya pekerja yang kehilangan pekerjaan dan telah mencarum bagi tempoh tertentu layak menuntut bantuan kewangan daripada sistem insurans pekerjaan dan perkhidmatan pekerjaan termasuk kaunseling kerjaya, carian dan penjodohan kerja, penempatan serta latihan. – BERNAMA

Tags: ParlimenRUU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jawapan PMX Di Parlimen Mengenai Isu Mafia Korporat Berpusing-Pusing – Rafizi

Jawapan PMX Di Parlimen Mengenai Isu Mafia Korporat Berpusing-Pusing – Rafizi

21/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam berhubung...

MP Perikatan Nasional Terkejut Abdul Hadi Muncul Di Parlimen – Ismail Salleh

MP Perikatan Nasional Terkejut Abdul Hadi Muncul Di Parlimen – Ismail Salleh

13/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Ismail Salleh memuat naik satu hantaran di media sosial yang menyentuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd