• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia Tuntut Penjelasan Dilarang Masuk AS

oleh Ahmad Albab
23/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Indonesia berhasrat menghantar nota diplomatik kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat dan memanggil timbalan duta negara itu memberi penjelasan mengapa ketua tentera Indonesia dihalang memasuki AS.

Jeneral Gatot Nurmantyo hampir menaiki pesawat kelmarin apabila syarikat penerbangan memaklumkan kepada beliau Perlindungan Kastam dan Sempadan AS menghalang kemasukannya, kata jurucakap tentera, Wuryanto, kepada sidang akhbar di Jakarta.

Nurmantyo mengunjungi AS atas jemputan Pengerusi Ketua Turus Staf, Jeneral Joseph F Dunford, bagi menghadiri Persidangan Ketua Pertahanan mengenai Menangani Ekstremisme Ganas yang diadakan di Washington hari ini dan esok.

“Kami meminta penjelasan dari AS, daripada Jabatan Negara, selain kedutaan di Jakarta dan sehingga kini masih menanti,” kata Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi.

Kedutaan AS di Jakarta berkata dalam kenyataan, ia berhubung dengan staf Nurmantyo untuk memudahkan perjalanannya tetapi tidak mengulas lanjut.

“Duta Joseph Donovan memohon maaf kepada Menteri Luar, Retno Marsudi, di atas kesulitan dihadapi Jeneral Gatot.

“Kami kekal komited dengan Rakan Kongsi Strategik dengan Indonesia sebagai cara menyediakan keselamatan dan kemakmuran kepada kedua-dua negara dan rakyat,” kata kenyataan. – Reuters/BH ONLINE

Tags: Amerika SyarikatIndonesia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd