• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Tak Perlu Sangsi Ketelusan Kerajaan BN

oleh AK-47
22/10/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KENINGAU – Rakyat tidak perlu lagi sangsi dengan ketelusan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam usaha pembangunan negara kerana kerajaan yang mesra rakyat ini terbukti sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat dalam apa jua situasi, kata Anggota Dewan Undangan Negeri Liawan, Datuk Sairin Karno.

“Kerajaan sentiasa mendengar permintaan rakyat asal ia sesuatu yang sangat perlu dan bukan berkepentingan peribadi,” katanya ketika ditemui Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan bersama kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Liawan di sini hari ini.

Sairin, yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, berkata atas kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, prestasi kerja kerajaan adalah lebih baik dengan pelbagai pencapaian telah dicipta.

Ketua Umno Bahagian Keningau itu turut menegaskan hasil pencapaian kerajaan di dalam mahupun luar negara juga telah terbukti dan seharusnya kemampuan kerajaantidak diragui lagi.

“Tidak ada sebab bagi pembangkang menuduh kerajaan tidak memberikan apa-apa pembangunan kepada rakyat di negeri ini,” katanya.

Mengenai perkembangan di Keningau, khususnya banjir kilat yang melanda beberapa kampung di Liawan baru-baru ini, Sairin berkata beliau telah mengarahkan semua pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan itu supaya sentiasa memantau keadaan dan menyediakan laporan kerosakan infrastruktur akibat banjir.

Beliau juga mengarahkan pemimpin akar umbi di kawasan itu supaya mengemukakan permohonan terus kepada pegawai daerah mengenai pembaikan jambatan gantung yang rosak. – BERNAMA

Tags: BN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Zahid Bangga Lihat Semangat Luar Biasa Penyokong BN

PRN Johor: Zahid Bangga Lihat Semangat Luar Biasa Penyokong BN

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa bangga terhadap komitmen luar biasa...

BN Nak Kembali Perintah Negara ‘No way’, Tak Boleh Jahanam Ini Negeri – PM Anwar

BN Nak Kembali Perintah Negara ‘No way’, Tak Boleh Jahanam Ini Negeri – PM Anwar

06/07/2026
0

MUAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa keputusan Barisan Nasional (BN) Johor mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd