• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UiTM Juarai Pesta Koir Antarabangsa Kalamata

oleh AK-47
23/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kumpulan koir Universiti Teknologi Mara (UiTM), UiTM Chamber Choir (UCC), dinobatkan sebagai juara utama edisi kedua Pesta dan Pertandingan Koir Antarabangsa Kalamata 2017 yang berakhir Ahad lalu di Kalamata, Greece.

Naib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Hassan Said berkata dalam pertandingan tersebut, UCC telah memenangi dua anugerah emas iaitu dalam kategori koir campuran dan kategori pasukan koral wanita, sekali gus merangkul kejuaraan pertandingan tersebut.

Ini merupakan kejayaan ketiga UCC di pentas antarabangsa selepas muncul juara pada edisi keempat Pesta Koir Antarabangsa Bali iaitu pesta koir terbesar di Asia pada 2015 diikuti tiga anugerah emas dan satu anugerah istimewa pada Pesta Koir Antarabangsa, Praga Cantat di Prague, Republik Czech, tahun lepas.

“Kejayaan terbaru ini bukan hanya milik UiTM sahaja malah ia adalah untuk Malaysia,” kata Hassan dalam kenyataan di sini, hari ini.

Di Kalamata, UCC brsaing dengan pasukan koir dari 14 negara. Pesta yang bermula 11 Oktober lepas itu turut mengadakan pelbagai aktiviti, pertandingan, konsert serta bengkel kesenian.

UCC telah ditubuhkan pada 2015 oleh Pensyarah Kanan Fakulti Muzik UiTM, Dr. Masashi Kishimoto dari Jepun dan terdiri daripada pelajar program diploma dan sarjana muda fakulti tersebut.

Semasa lima hari di Kalamata, UCC turut memenuhi jemputan untuk mengadakan bengkel bertajuk ‘Pendidikan Muzik dan Muzik Koir di Malaysia’ serta mengadakan persembahan di University of Athens.

Selepas Kalamata, UCC telah membuat persembahan di dewan konsert tersohor dunia, ‘The Wiener Musikverein’ di Vienna, Rabu lepas, yang dihoskan oleh Duta Malaysia ke Austria, Datuk Adnan Othman.

Tahun lepas, fakulti muzik UiTM dan UCC telah menyertai Konsert Pertukaran Budaya di Vienna, anjuran Kedutaan Malaysia di Vienna dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Program tersebut bertujuan memperkenalkan budaya negara serta muzik koir Malaysia kepada masyarakat tempatan di Vienna. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Hassan SaidkoirKoir Antarabangsa KalamataUiTM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

15/04/2025
0

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjelaskan penggunaan pakaian menyerupai kostum tertentu oleh sekumpulan pelajar di Kampus Dengkil baru-baru ini...

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

12/10/2024
0

DUNGUN: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu bersedia mengatur pertemuan antara suami wanita yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan tiga pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd