• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kajian Cuaca, Taburan Hujan Dijangka Siap 2018

oleh Ahmad Albab
20/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kajian komprehensif mengenai cuaca dan taburan hujan di negara ini dijangka siap pada penghujung tahun depan, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata hasil kajian itu penting untuk membantu kerajaan menangani pelbagai kesan perubahan iklim terhadap alam sekitar, khususnya situasi banjir di negara ini.

“Kajian di beberapa universiti awam merekodkan Malaysia menerima 907 juta meter padu (m3) hujan tahunan pada 2016. Jumlahnya tidak jauh beza dengan tahun ini, cuma bezanya ialah di mana hujan itu berlaku dan berapa lama ia akan turun.

“Contohnya pada 2013 hingga 2015 tidak pernah berlaku hujan lebat di hulu Sungai Sarawak untuk tempoh yang panjang, tetapi sekarang ia berlaku yang mengakibatkan banjir di sekitarnya,” katanya.

Beliau ditemui selepas menjadi panel program Ruang Bicara dengan topik ‘Perubahan Iklim: Kesan dan Perubahan Pola Taburan Hujan’ di Studio Bernama News Channel, di sini malam tadi.

Katanya perubahan paten hujan di negara ini bukan sahaja kesan perubahan iklim tetapi akibat aktiviti pembalakan, pembangunan, peningkatan suhu bandar selain sungai yang tidak diselenggara dengan baik yang akhirnya menyebabkan banjir.

“Perkara sama turut berlaku di Semenanjung terutama di ibu kota apabila kawasan yang jarang menerima hujan lebat kini dilanda banjir kilat kesan pembangunan meluas kerana permukaan tanah yang mampu menyerap air semakin terhad.

“Faktor itu diburukkan lagi dengan kelemahan koordinasi saliran pembentungan semasa kerja-kerja pembinaan dibuat. Maka bila hujan lebat air akan terus mengalir ke sungai sehingga tidak mampu menampung takungan lalu melimpah ke jalan raya,” katanya.

Sementara itu, Wan Junaidi berkata pemuliharaan sungai antara yang menjadi perhatian utama kementeriannya bagi memastikan ekosistem itu tidak musnah akibat kepesatan pembangunan infrastruktur serta perindustrian.

Beliau turut berpandangan sistem pengurusan sisa perindustrian sedia ada perlu diubah bagi menangani masalah pencemaran air sungai akibat sisa perindustrian.

Menurut Wan Junaidi kementerian kini dalam peringkat perbincangan untuk mendapatkan input berhubung undang-undang baharu yang antaranya mewajibkan pemilik kilang merawat sisa buangan industri mereka terlebih dahulu sebelum dilepaskan ke sungai. – BERNAMA

Tags: HujanRamalan Cuaca
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Amaran Hujan Berterusan Di 4 Negeri Ditamatkan – MetMalaysia

Amaran Hujan Berterusan Di 4 Negeri Ditamatkan – MetMalaysia

05/01/2025
0

KUALA LUMPUR : Amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang dikeluarkan pada 1 Januari lalu,...

Tunggu Allah Turunkan Hujan, Empangan Akan Penuh Balik – Sanusi

Tunggu Allah Turunkan Hujan, Empangan Akan Penuh Balik – Sanusi

04/08/2024
0

Tunggu Allah turunkan hujan bagi menampung kekeringan air takungan empangan di Kedah, kata Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd