• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Dijangka Adakan Mesyuarat Parti Komponen Esok

oleh Ahmad Albab
20/10/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Barisan Nasional (BN) dijangka mengadakan mesyuarat parti komponen di ibu negara esok.

Perkara itu dimaklumkan oleh Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

“Ibu pejabat BN menjemput 10 wakil daripada satu parti komponen BN untuk menghadiri taklimat di Kuala Lumpur esok. Berkenaan dengan apa saya tidak pasti,” katanya ringkas kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai laporan sebuah akhbar berbahasa Mandarin minggu lepas yang menyatakan semua parti komponen BN dijangka dipanggil untuk bermesyuarat dalam masa terdekat.

Terdahulu Uggah menyempurnakan pelepasan Kembara Batang Lupar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 2017.

Sementara itu mengulas mengenai senarai calon PBB yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-14 nanti, Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak, berkata senarai akhir masih belum diputuskan.

“… masih ada perbincangan antara Presiden PBB (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) bersama Pengerusi BN (Datuk Seri Najib Tun Raza). Apa yang pasti saya tidak akan bertanding,” katanya.

Untuk rekod, Uggah adalah Anggota Parlimen Betong selama tujuh penggal. Beliau kini merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Saban selepas menang pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 tahun lalu. – BERNAMA

Tags: BNMesyuarat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pantun Onn Hafiz: “Bukan Budak Sebarang Budak” Terima Sorakan Gemuruh

Pantun Onn Hafiz: “Bukan Budak Sebarang Budak” Terima Sorakan Gemuruh

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pantun empat kerat yang disampaikan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika berkempen sempena Pilihan Raya...

“Terima Kasih PAS. Insya-Allah Kita Mulakan Di Johor” – Akmal Saleh

“Terima Kasih PAS. Insya-Allah Kita Mulakan Di Johor” – Akmal Saleh

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon BN di kawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd