• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Spekulasi Thailand Lepaskan Air Empangan Tak Benar

oleh Ahmad Albab
03/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata spekulasi kononnya Thailand melepaskan air empangan di daerah Sukhirin di Narathiwat hingga menyebabkan Kelantan dilanda banjir buruk, adalah tidak benar.

Beliau berkata kerajaan Malaysia menjalin hubungan dua hala yang baik dengan kerajaan Thailand dan sekiranya negara itu mahu melepaskan air di empangan, sudah pasti ia akan memaklumkannya kepada Malaysia.

“Kita (Malaysia) mempunyai hubungan dua hala yang erat dengan negara jiran Thailand dan kita tidak percaya situasi (lepaskan air empangan) tersebut berlaku,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Balai Besar, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun Datuk Din Adam.

Sebelum ini, spekulasi tersebar luas di laman sosial WhatsApp bahawa Kelantan akan ditenggelami air banjir berikutan pelepasan air empangan di daerah Sukhirin di Narathiwat.

Bagaimanapun pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi Setiausahanya Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab menafikan perkara itu dan mengesahkan bahawa semakan yang dilakukan dengan Jabatan Pengairan Diraja Thailand, mendapati empangan itu tidak wujud. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pakatan Harapan Terlalu Banyak Berjanji –  Pemuda MIC

Pakatan Harapan Terlalu Banyak Berjanji – Pemuda MIC

07/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Berapa lama lagi rakyat mahu terus diperdaya dengan janji-janji yang tidak ditunaikan oleh Pakatan Harapan (PH) Pemuda...

Zaman Politik Sentimen Auta Pakatan Harapan Sudah Berlalu – Asyraf Wajdi

Zaman Politik Sentimen Auta Pakatan Harapan Sudah Berlalu – Asyraf Wajdi

07/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki melahirkan rasa hairan dengan kempen Pakatan Harapan (PH) dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd