• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Ditahan Bersama Syabu Bernilai RM488,600

oleh AK-47
19/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis menahan seorang peniaga disyaki anggota sindiket pengedaran dadah dan merampas dadah jenis syabu seberat 6.98 kilogram (kg) bernilai RM488,600 dalam serbuan di sebuah kondominium di Pulau Tikus, di sini Selasa lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Chuah Ghee Lye berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan polis menyerbu rumah lelaki berusia 43 tahun itu kira-kira pukul 6.50 petang dan merampas tiga bungkusan plastik mengandungi syabu.

“Hasil pemeriksaan dalam rumah lelaki itu polis menemui 6.98 kg dadah dan berdasarkan siasatan suspek menjadikan rumah berkenaan sebagai lokasi menyimpan serta membungkus syabu berkenaan sebelum menjual kepada pembelinya,”katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan juga mendapati lelaki yang merupakan peniaga itu mendapatkan bekalan dadah dalam kuantiti banyak daripada sindiket pengedaran bahan terlarang berkenaan sebelum membungkus semula dalam saiz lebih kecil.

Katanya lelaki itu membungkus dadah berkenaan dalam bungkusan teh herba bagi mengaburi pihak berkuasa dan suspek dipercayai terlibat dalam kegiatan itu sejak empat bulan lepas.

“Selain aktif mengedar dadah di sekitar negeri ini lelaki itu turut mengeksport syabu berkenaan ke negara jiran dan dipercayai dia mampu mengaut keuntungan puluhan ribu ringgit setiap bulan,”katanya.

Chuah berkata polis juga tidak menolak kemungkinan lelaki itu mempunyai kaitan dengan rangkaian sindiket pengedaran dadah di luar negara.

Katanya susulan penahanan lelaki itu, polis merampas wang tunai sebanyak RM36,800, barang kemas, tiga buah motosikal berkuasa besar serta sebuah kereta dan semuanya bernilai RM298,989.77.

Polis masih mengesan beberapa lagi anggota sindiket pengedaran dadah itu untuk siasatan lanjut dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.

Beliau berkata ujian air kencing mendapati lelaki itu positif dadah dan dia kini direman sehingga 23 Okt depan untuk membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: Syabu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu MPV Rempuh Tol, Tinggal Syabu RM3.3 Juta

Pemandu MPV Rempuh Tol, Tinggal Syabu RM3.3 Juta

01/10/2025
0

PETALING JAYA - Tindakan seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) melarikan diri selepas merempuh palang di Plaza Tol Damansara pada...

Syabu Dirampas, Tiga Buruh Tempatan Ditahan Di Tawau

Syabu Dirampas, Tiga Buruh Tempatan Ditahan Di Tawau

28/09/2025
0

Syabu Dirampas, Tiga Buruh Tempatan Ditahan di Tawau TAWAU, 28 Sept – Polis menahan tiga buruh tempatan dalam siri operasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd