• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Adik Bekas Menteri Persekutuan Dibebaskan

oleh Ahmad Albab
19/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Seorang daripada dua adik lelaki bekas menteri persekutuan yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah dibebaskan pada 10 pagi ini.

Lelaki berumur 52 tahun berkenaan dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000 dengan RM25,000 dideposit berserta dua orang penjamin.

Perintah pembebasan lelaki berkenaan dikeluarkan oleh Majistret Stephanie Sherron Abbie atas permohonan SPRM dan prosiding diadakan di sebuah hospital swasta di mana lelaki berkenaan sedang menerima rawatan.

Pegawai Pendakwa SPRM Mohd Afiq Basiruddin ketika ditemui di luar hospital tersebut berkata lelaki itu sepatutnya dibebaskan esok namun SPRM memohon untuk membebaskannya hari ini kerana urusan siasatan setakat ini ke atas adik bekas menteri itu sudah selesai.

Lelaki berkenaan ditahan SPRM pada 10 Okt lalu sebelum diperintah direman 10 hari bagi membantu siasatan SPRM.

Sementara itu, seorang ahli perniagaan berumur 33 tahun yang direman SPRM pada 15 Okt lalu bagi membantu siasatan berhubung isu penyelewengan dana berkenaan, turut dibebaskan pagi ini.

Perintah pembebasannya itu juga dikeluarkan oleh Majistret Stephanie Sherron dalam satu prosiding yang dijalankan di sebuah hospital swasta lain selepas mendengar permohonan SPRM yang diwakili Pegawai Pendakwa Rustam Sanip.  – BERNAMA

Tags: seleweng danaSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd