• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hotel Bajet Lubuk Warga Asing Berkhalwat

oleh Ahmad Albab
18/10/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kes tangkapan khalwat di hotel-hotel bajet kini menunjukkan trend semakin ramai pekerja warga asing terbabit dalam kes berkenaan, kata Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Mohd Hafiz Abdul Rahman.

Beliau berkata kebanyakan mereka bekerja di kawasan perindustrian dan menjadikan hotel bajet sebagai tempat melakukan maksiat.

“Berbanding kes jenayah syariah lain seperti judi, minum arak dan zina, kes berkhalwatlah yang paling ramai melibatkan warga asing,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Beliau mengambil contoh, dalam operasi cegah maksiat yang dilakukan pihaknya di beberapa hotel bajet di sini malam tadi, seramai 12 lelaki dan 10 wanita berusia antara 18 dan 40 tahun telah ditahan kerana didapati berkhalwat.

Menurutnya, lapan daripada mereka merupakan warga asing dari Indonesia, Bangladesh dan Pakistan.

“Operasi selama dua jam bermula 12 tengah malam itu berakhir kira-kira 2.30 pagi dengan dua kawasan disasar iaitu Permas Jaya dan Seri Alam.

“Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam untuk laporan sebelum dibawa ke pejabat Bahagian Penguatkuasa JAINJ untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kesemua yang ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 27(1) a dan b Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 yang memperuntukkan hukuman denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan, katanya. – BERNAMA

Tags: khalwat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Orang Dakwa Dalam Proses Cerai, Dicekup Berkhalwat Bersama Janda

Suami Orang Dakwa Dalam Proses Cerai, Dicekup Berkhalwat Bersama Janda

20/12/2025
0

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki berstatus suami orang dan seorang wanita berstatus janda dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri...

Lelaki Dalam Proses Cerai Ditangkap Khalwat Dengan Anak Dara

Lelaki Dalam Proses Cerai Ditangkap Khalwat Dengan Anak Dara

21/11/2025
0

Johor Bahru: Seorang lelaki yang mendakwa dalam proses bercerai ditangkap berkhalwat dengan anak dara oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd