• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Makanan Dijangka Kembali Normal Dalam 2 Minggu

oleh Ahmad Albab
02/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Bekalan makanan di negeri-negeri terjejas teruk akibat banjir dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh dua minggu lagi, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata banjir yang berlaku itu menyebabkan terdapat jalan raya terputus hubungan kerana dinaiki air yang menjejaskan penghantaran bekalan bahan mentah.

“Bekalan sebenarnya mencukupi cuma kadang kala ada tempat yang terputus hubungan, jalan raya tidak boleh dilalui menyebabkan kita tidak boleh hantar barang ke lokasi berkenaan (di kawasan terjejas banjir).

“Doakan sahaja supaya cuaca bertambah baik … lagi cepat keadaan cuaca baik lagi cepat la keadaan kembali seperti biasa,” katanya kepada pemberita selepas meninjau bekalan barangan kawalan dan barangan keperluan di Pasar Besar Wakaf Baharu di sini hari ini.

Hasan turut menggesa golongan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang sewenang-wenangnya ketika musim banjir.

“Pengguna pula perlu bijak untuk timbulkan rasa simpati dalam kalangan peniaga supaya tidak naikkan harga sesuka hati.

“Pengguna boleh memujuk peniaga untuk membantu mangsa banjir secara langsung atau tidak langsung dan tidak mengambil keuntungan terlalu tinggi walaupun peniaga menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan mentah,” katanya. – BERNAMA

Tags: BanjirHasan Malek
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd