• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden Filipina Isytihar Marawi Bebas Pengganas

oleh AK-47
17/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Presiden Rodrigo Duterte telah mengisytiharkan Bandar Marawi kini bebas daripada pengganas selepas hampir lima bulan pertempuran berlaku, lapor agensi berita China Xinhua.

Ia memetik laporan media Filipina pada Selasa apabila Televisyen Rakyat milik kerajaan melaporkan Duterte telah mengisytiharkan bahawa Marawi berjaya dirampas semula daripada pelampau pro-Daesh.

Satu lagi saluran berita tempatan, ANC, pula memetik Duterte sebagai berkata “Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa Bandar Marawi telah bebas daripada pengganas.”

Istana presiden Malacanang belum mengeluarkan sebarang pengesahan rasmi. Menurut laporan berita, Duterte tiba di Marawi pada Selasa untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan keselamatan Filipina kerana berjaya merampas semula bandar itu daripada pelampau pro-Daesh.

“Tindakan kami mengisytiharkan pembebasan Marawi adalah satu kenyataan strategik untuk memberitahu dunia bahawa peperangan dengan Daesh telahpun berakhir,” kata Kolonel Romeo Brawner, seorang daripada komander tentera di lokasi, kepada pemberita di Marawi.

Bagaimanapun, Brawner berkata operasi pembersihan akan diteruskan kerana anggota militan yang berundur telah meninggalkan peranti bahan letupan yang telah diubah suai (IED) serta ordnans tidak meletup di kawasan terbabit.

Duterte membuat kenyataan itu sehari selepas Isnilon Hapilon, yang dikatakan pemimpin Daesh di Asia Tenggara, dan Omarkhayam Maute terbunuh.

Pada awal pagi Isnin, tentera kerajaan berjaya membunuh kedua-dua pemimpin utama Daesh itu yang mengetuai pelampau jihad ketika menawan Bandar Marawi pada 23 Mei.

Pertempuran itu berlarutan selama hampir lima bulan dan telah meragut nyawa lebih 1,000 orang termasuk lebih 800 pelampau serta 162 anggota tentera dan polis.

Konflik 148 hari itu turut menyingkirkan lebih 200,000 penduduk dan kira-kira 300,000 lagi di luar Bandar Marawi, ibu negara wilayah Lanao del Sur.

Pihak tentera berkata sekurang-kurangnya 47 orang awam telah dibunuh oleh pengganas.

Jabatan Kesihatan pula berkata pada Julai lepas, sejumlah 40 orang awam meninggal dunia akibat penyakit di pusat pemindahan yang dikendalikan oleh kerajaan di wilayah berhampiran.

Ribuan mangsa masih ditempatkan di semua pusat terbabit. – BERNAMA

Tags: DaeshFilipina
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tangkapan Duterte Telah Menyebabkan Pelbagai Respons Antarabangsa

02/04/2025
0

BEKAS Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ditangkap oleh Mahkamah Antarabangsa (ICC) di Hague, di mana beliau akan menghadapi perbicaraan atas dakwaan...

Siklon Tropika Trami: Malaysia Hulur Bantuan Kemanusiaan Kepada Filipina

Siklon Tropika Trami: Malaysia Hulur Bantuan Kemanusiaan Kepada Filipina

26/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia akan menghulurkan bantuan kemanusiaan dan bencana kepada Filipina yang sebahagian rakyatnya kini terjejas akibat Siklon Tropika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd