• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Samsung Galaxy A3 & A5 Akan Dilancar Minggu Depan

oleh AK-47
02/01/2015
dalam Gajet
0
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Malaysia memulakan tahun 2015 dengan melancarkan beberapa siri telefon pintar terbaru dalam keluarga Galaxy A pada minggu hadapan.

Galaxy A akan hadir dengan dua variasi iaitu Galaxy A3 dan A5 yang disasarkan kepada golongan muda dengan reka bentuk premium yang sama seperti Galaxy Alpha.

Melalui pengamatan kami, ia merupakan salah satu telefon pintar tercantik daripada Samsung yang membawakan rekaan berasaskan bingkai logam.

Galaxy A5 merupakan peranti dengan skrin bersaiz 5-inci HD Super AMOLED, dilengkapi cip pemprosesan empat-teras 1.2Ghz, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel, memori 2GB RAM dan ruangan storan 16GB.

Galaxy A3 pula membawakan cip pemprosesan lebih kurang sama, tetapi menyertakan skrin 4.5-inci qHD Super AMOLED, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel dan memori 1GB RAM.

Fokus utama kedua-dua peranti ini adalah binaan yang premium menggunakan bingkai berasaskan logam lebih kurang sama seperti Galaxy Alpha sebelum ini.

Harga dan penawaran peranti ini dijangka akan diumumkan secara rasmi pada 8 Januari kelak.-MYNEWSHUB

Oleh: hzqahmd

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shamsul Iskandar Baca Talkin Pilihan Raya, “Wahai Pengundi Johor…”

Shamsul Iskandar Baca Talkin Pilihan Raya, “Wahai Pengundi Johor…”

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – "Wahai pengundi-pengundi Johor.. akan datang kepada kamu Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN). Janganlah kamu merasa gerun...

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor menyifatkan kenyataan Perdana Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd