RASANYA baru lagi timbul gosip mengatakan pelakon kontroversi Hanez Suraya sudah temui pengganti selepas mengaku sudah ‘putus kasih’ dengan Romie Razin Adilha.
Khabarnya, pengganti Romie itu seorang juruterbang MAS dan secara tidak langsung, ramailah yang beranggapan pelakon itu sudah membuka lembaran baru dalam hidup.
(BACA: Putus Dengan Romie, Hanez Suraya Dah Temui Pengganti?)
Tiba-tiba, lain pula cerita yang kami dapat menerusi portal hiburan Rotikaya, hari ini.
Laporan portal itu menyebut, ada sumber memaklumkan Hanez dan Romie sudah kembali bersama dan dilihat mesra di sebuah pusat membeli-belah terkemuka Kuala Lumpur.
Lebih menarik dua keping gambar turut disertakan, menunjukkan pasangan itu sedang menikmati makan tengahari di sebuah restoran.

Menerusi forum Cari pula, ada individu mendakwa Hanez dan Romie bakal mengikat tali pertunangan pada Sabtu, 3 Januari 2015 di Seremban.
Bagaimanapun, Hanez ketika dihubungi dikatakan tidak menafikan atau mengiyakan cerita ini dan enggan memberikan komen lanjut.
Hai, tak tahulah kami nak kata apa.
Mungkinkah kenyataan pelakon itu yang mengatakan dia sudah berpisah dengan Romie sebelum ini hanya untuk menutup kata-kata negatif sebelum Romie melafazkan cerai terhadap bekas isterinya, awal bulan lepas?
Kalau sahihlah cerita ini, mungkin awal tahun 2015 ini bakal dihangatkan dengan cerita panas Hanez Suraya sekali lagi..  –MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=3Z-2zHfIgEQ
Oleh: ELZA

