• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Puspanita Sumbang RM268,000 Kepada HSA

oleh Ahmad Albab
15/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Hospital Sultanah Aminah (HSA) hari ini menerima sumbangan RM268,000 daripada Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) menerusi program Ziarah Kebajikan Puspanita.

Sumbangan tersebut merangkumi peralatan perubatan dan bukan perubatan kepada Unit Rawatan Rapi (ICU), Jabatan Anaestesiologi dan Rawatan Rapi, Unit Rawatan Rapi Kardiotorasik (CICU) Jabatan Kardiotorasik dan Wad Timur Tiga.

Cek sumbangan disampaikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa merangkap Penasihat Puspanita kepada Pengarah Kesihatan Negeri Johor Dr Rooshaimi Merican A. Rahim Merican. Hadir sama Yang Dipertua Puspanita Puan Sri Rohani Abdullah.

Berucap pada majlis berkenaan, Ali berkata program Ziarah Kebajikan Puspanita bermula pada 2014 di seluruh negara dengan sumbangan disalurkan kepada kumpulan sasar dikenal pasti atau agensi kerajaan yang menyediakan perkhidmatan kepada rakyat seperti hospital, sekolah serta rumah kebajikan.

Beliau berkata langkah tersebut bertepatan dengan usaha Puspanita untuk ‘merakyatkan Puspanita’ dengan mendekati anggotanya, komuniti dan masyarakat di peringkat akar umbi.

“Peranan dan tanggungjawab Puspanita tidak dapat dinafikan malah sentiasa membantu kerajaan dalam menyampaikan dan menawarkan perkhidmatan terbaik kepada komuniti dan masyarakat,” katanya dan menambah Puspanita merancang untuk meneruskan program Ziarah Kebajikan Puspanita di Kuala Kangsar, Perak, selepas ini.

Sementara itu, berucap pada majlis program Kesukarelawanan iM4U Puspanita ‘Belia Aktif, Masyarakat Sejahtera’ di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Temenggong Ibrahim di sini pula, Ali berkata ia dapat memupuk semangat perpaduan, pengertian tanggungjawab sosial serta membina kecerdasan minda melalui aktiviti kebajikan.

Menurutnya aktiviti membina Taman Ilmu yang interaktif, gotong-royong membersihkan surau di institut tersebut serta menanam pokok pada program yang bermula Jumaat lepas hingga hari ini itu membuktikan anggota Puspanita sentiasa aktif dan relevan di mana sahaja.

Pada majlis itu, Ali turut menyampaikan cek sumbangan kebajikan Puspanita berjumlah RM50,000 antaranya kepada IPG Kampus Temenggong Ibrahim berjumlah RM26,000; Rumah Berkat Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Johor (RM2,000), Pusat Jagaan Impian Syimah (RM2,000); 21 anggota Puspanita/keluarga anggota yang menghidap penyakit kronik (RM12,000) serta Puspanita Johor untuk pembangunan cawangan tersebut (RM2,000). – BERNAMA

Tags: Puspanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Puspanita KKMM Bantu Asnaf Sambut Syawal

20/05/2017
0

BUKIT MERTAJAM - Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) cawangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) hari ini menyumbangkan...

Ali Hamsa Serah Sumbangan Puspanita Di Labuan

12/05/2017
0

LABUAN - Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini menyampaikan sumbangan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd