• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NGO Pembangkang ‘Syok Sendiri’ Hentam BN

oleh
17/10/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Perhimpunan haram anjuran pembangkang di sini menyaksikan beberapa NGO antikerajaan ‘mengitar’ semula tuduhan konon Barisan Nasional membebankan kehidupan rakyat.

Suasana menjadi bertambah ‘panas’ apabila bekas pengasas bersama PPBM, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berterusan mendakwa kerajaan Pusat telah menyeleweng seterusnya mencuri wang dan harta rakyat serta negara.

“Siapa curi duit 1MDB? Adakah DAP ataupun yang berhormat Lim Kit Siang? Siapa seleweng duit Felda? Siapa yang wujudkan GST? Siapa yang menghancurkan ekonomi negara kita?

“Najib adalah lanun Bugis. Najib juga yang telah merosakkan sistem politik kita. Najib dah rosakkan sistem ekonomi di tanah air kita. Najib dah rosakkan institusi kerajaan di tanah air kita

“Sebab itu tuan-tuan rakyat Malaysia tidak mempunyai apa-apa pilihan lagi. Kita perlu bersatu hati. Kita kena lawan kerajaan Kleptokrasi,” ujarrnya berucap dalam perhimpunan petang Sabtu yang lesu itu.

Justeru, Khairuddin yang jelas tidak mempunyai sebarang bahan untuk dijadikan modal politik kemudian mencabar pemimpin-pemimpin UMNO untuk berdebat dalam isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Tuan-tuan, panggil semua pemimpin-pemimpin bangang UMNO. Saya bersedia untuk berdebat dengan mana-mana pemimpin bangang UMNO dalam isu 1MDB,” katanya dalam nada agak kasar.

Sementara itu, seorang individu yang mewakili Suara Mahasiswa Anak Muda Malaysia pula mendakwa konon Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah punca kepada pelajar menjadi mangsa kenaikan harga yuran pengajian.

“Dengan GST, menteri cakap dulu kalau kita laksana GST maka harga barang tidak akan naik. Tetapi, tuan dan puan sendiri telah menjadi saksi GST adalah naik harga kita.

“Kami mahasiswa adalah antara golongan paling terasa dan tertindas dengan yuran dan kos sara hidup yang tinggi. Jadi kami terasa dan beri harapan tinggi kepada pimpinan Pakatan Harapan.

“Sama-sama kita wujudkan gelombang baru tumbangkan barisan nasional,” katanya.

Namun, ucapan itu dilihat gagal menarik perhatian peserta perhimpunan apabila mereka tampak tidak memberi apa-apa respon.

Dalam pada itu, ada juga antara wakil NGO berkenaan yang dilihat seolah-olah syok sendiri kerana hakikatnya tiada sesiapa pun peserta himpunan tersebut yang mengambil kisah tentang ucapan yang disampaikan oleh mereka.

Tentu ramai masih ingat, sewaktu zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad, jika ada pihak yang cuba berbuat sedemikian seperti ini sudah pasti tidak terlepas daripada tangkapan dan dihumban ke dalam penjara.

Tetapi, apa yang berlaku pada perhimpunan haram tersebut membuktikan mereka sendiri pula dilihat bebas untuk berkata apa sahaja meskipun dakwaan dilemparkan itu berbaur fitnah dan tidak disokong fakta kukuh.

Keadaan itu secara tidak langsung mula cetus persoalan adakah benar dakwaan mereka itu terhadap BN kerana apa yang didakwa pihak pembangkang adalah amat berbeza sekali dengan realiti sebenar. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: pakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Laungan 'Tolak UMNO' 'Pengkhianat' dan 'Reformasi' bergema dalam Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini. Situasi hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd