• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Harap Bajet 2018 Fokus Kos Hidup Rakyat

oleh Ahmad Albab
14/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor berharap kerajaan pusat akan memberi perhatian terhadap golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan pertengahan (M40) pada pembentangan Bajet 2018.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia bagi memastikan golongan itu dapat menempuh cabaran kehidupan masa kini terutama kos kehidupan.

“Kita berharap kerajaan akan lihat kepada soal bagaimana hendak mengatasi kos hidup rakyat dan pada masa yang sama memberi perhatian kepada golongan M40.

“Kita dapati dalam negara kita golongan B40 menerima pelbagai program, tetapi sudah sampai masanya kita lihat bagaimana M40 itu dapat kita bantu,” katanya selepas melancarkan Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Gotong-royong MYBN peringkat Johor di Pangkalan Nelayan Tampoi Utama, di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2018 di Parlimen pada 27 Okt ini.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata program gotong-royong berkenaan mampu menterjemahkan dasar Kelestarian Johor yang merupakan aspirasi negeri sebagai negeri maju, Islam, bersih dan persekitaran mesra alam.

Beliau berkata ini secara tidak langsung dapat mewujudkan sikap tanggungjawab dan nilai yang kukuh dalam kalangan masyarakat untuk menjaga kebersihan alam sekitar.

“Program ini akan membangunkan tanggungjawab masyarakat untuk menjaga kebersihan dan masyarakat juga akan meletakkan mutu yang tinggi terhadap tahap kebersihan.

“Ia juga antara cara kita lahirkan semangat kesukarelaan dan menjayakan pendekatan​​​​​​​ NBOS,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bajet 2018Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Terharu Akhirnya Kerajaan Negeri Johor Turut Dijemput Selain Pemimpin DAP – Onn Hafiz Sindir Anthony Loke

Terharu Akhirnya Kerajaan Negeri Johor Turut Dijemput Selain Pemimpin DAP – Onn Hafiz Sindir Anthony Loke

13/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam nada sinis melahirkan rasa terharu dan lega apabila akhirnya...

“Johor Benteng Perjuangan Reformasi” – Dakwa Saifuddin Nasution

“Johor Benteng Perjuangan Reformasi” – Dakwa Saifuddin Nasution

13/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendakwa Johor akan terus menjadi benteng...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd