PUTRAJAYA – Kira-kira 500 warga Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menyertai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Zainal Rahim Seman bersukan selepas waktu kerja di Dataran Kompleks C di sini.
Program Aktif Sihat JPA bersama KPPA itu diadakan bersempena Hari Sukan Negara 2017, turut membawa penampilan khas maskot Rimau yang hadir bersama para pemenang pingat emas acara boling SEA KL 2017.
Simbolik program dimulakan dengan gimik perarakan membawa obor oleh atlet boling kebangsaan Shalin Zulkifli yang disertai rakan-rakan seperjuangannya yang lain iaitu Syafiq Ridhwan,Sin Lin Jane dan Syaidatul Afifah yang kemudian diserahkan kepada Zainal Rahim.
Hadirin yang berpakaian sukan kemudian bersenamtari beramai-ramai kira-kira sejam. —BERNAMA