• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPA Terima Lebih 300 Permohonan Program CBBPDBKP

oleh AK-47
02/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerima lebih 300 permohonan daripada penjawat awam yang berminat mengikuti program Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa Kumpulan Pelaksana (CBBPDBKP), setakat ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman berkata JPA menawarkan 550 tempat bagi penjawat awam daripada Kumpulan Pelaksana melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

“Keputusan sama ada pemohonan mereka berjaya atau tidak akan diketahui dalam masa terdekat dan ia juga bergantung kepada sesi kemasukan ke universiti yang dipilih.

Permohonan juga mengambil kira beberapa faktor penting sebelum diluluskan seperti, pemohon mestilah mencapai markah purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan 85 peratus ke atas bagi tempoh tiga tahun di skim perkhidmatan terkini secara berturut-turut,” katanya kepada media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Wacana Transformasi Nasional 2050 (TN50) Peringkat Negeri Sembilan bersama kira-kira 500 penjawat awam, anjuran Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Turut hadir Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Mat Ali Hassan.

Mengulas lanjut, Zainal Rahim berkata pemohon juga mestilah mendapat rekomendasi dari ketua jabatan masing-masing dan bidang yang dipilih mestilah bersesuaian dengan tugas hakiki semasa atau lonjakan kepada bidang-bidang baru.

“Kita sentiasa menyarankan kepada penjawat awam untuk menambah ilmu kerana kita sedar negara dibina oleh penjawat awam yang berkemahiran dan berpengetahuan tinggi.

Kita juga turut menyediakan jajaran kerjaya kepada mereka yang melanjutkan pelajaran kerana kita mahu mereka terus bersama dalam arus pembangunan negara,” katanya.

Sementara itu, Azih berkata buat masa ini CBBPDBKP hanya dilaksanakan di peringkat Persekutuan, namun kerajaan telah bersetuju untuk memanjangkannya untuk penjawat awam negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan.

“Ini satu perluasan yang sangat baik dari segi bagaimana kita nak lengkapkan penjawat awam sedia ada ini dengan ilmu-ilmu dan kebolehan yang tinggi dari segi akademik,” katanya.

Ditanya harapan Cuepacs mengenai perjumpaan penjawat awam bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya Rabu ini, Azih berkata pihaknya menerima apa saja pengumuman yang dibuat oleh perdana menteri dengan hati terbuka.

“Saranan kita banyak, kita berterima kasih kepada kerajaan kerana sentiasa mendengar kehendak penjawat awam namum kami faham kemampuan kerajaan terbatas, jadi apa saja yang akan diumumkan pada hari tersebut, kami akan terima,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Zainal Rahim Seman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tranformasi Perkhidmatan Awam 2.0 Selaras TN50

23/02/2018
0

PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah memulakan Transformasi Perkhidmatan Awam (TPA) 2.0 yang selaras dengan matlamat dan aspirasi gagasan...

Guru Dibenarkan Berpolitik Tetapi Bersyarat – KPPA

23/01/2018
0

KUCHING - Guru-guru daripada Gred 41 hingga Gred 48 dibenarkan untuk berkecimpung dalam bidang politik berdasarkan panduan yang dikeluarkan dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd