• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tular Aksi Pesawat Terbesar Dunia Nyaris Nahas Dibadai

oleh
15/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERLIN – Bayangkan pesawat yang anda naiki sedang mendarat dan tiba-tiba terhuyung-hayang tidak tentu arah, malahan nyaris terbabas ketika dibadai angin lintang kuat muncul tanpa diduga.

Begitulah yang berlaku apabila sebuah pesawat superjumbo jenis Airbus A380 cuba mendarat di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Düsseldorf, kira-kira 561 kilometer dari sini semasa angin ribut membadai seluruh Jerman.

Pesawat Emirates lebih 500 kerusi itu, yang juga kapal terbang komersial terbesar di dunia, dirakam berdepan kesukaran semasa hendak mendarat pada 5 Oktober lalu, namun kejadian ini masih diperkatakan pelbagai pihak.

Insiden itu berjaya dirakam oleh seorang pengesan pesawat, Martin Bogdan dan tular setelah dimuat naik ke laman YouTube dengan menerima lebih 11 juta tontonan selain kira-kira 29,000 tanda suka serta hampir 4,000 komen.

Juruterbang dipercayai cuba mendarat dengan betul di atas landasan tetapi angin kencang menyebabkan ia bergoyang ke kiri dan kanan. Mujur, juruterbang berjaya mengawal pesawat itu selepas mengalami kesukaran.

Apabila pesawat gergasi Emirates itu mendarat dalam keadaan angin lintang, juruterbang lazimnya menghampiri landasan kapal terbang dengan memiringkan sedikit kapal terbang untuk mengurangkan kesan rintangan angin.

Bahagian utara Jerman dilanda angin ribut sejak beberapa hari lalu manakala taufan Xavier yang membadai negara Eropah itu mengorbankan tujuh orang. Kerosakan paling teruk kebanyakannya berlaku di daerah timur laut.

Antaranya perkhidmatan kereta api laju antara Berlin, Hanover, Hamburg dengan Keil terpaksa dibatalkan buat sementara waktu pada Jumaat atas faktor risiko keselamatan, menurut laporan media tempatan, The Local.

Meskipun Düsseldorf tidak terjejas teruk akibat taufan, kelajuan angin di kawasan itu lebih 35 kilometer sejam pada Khamis lalu sewaktu pendaratan pesawat Emiriah Arab Bersatu tersebut dirakam, lapor portal timeanddate.com.

Bogdan menulis: “Saya sudah merakam beberapa pendaratan pada waktu angin lintang di pelbagai lapangan terbang di Eropah sejak beberapa tahun lalu, tetapi yang berjaya diatasi pesawat ini begitu dahsyat luar biasa.

“Awalnya ia tampak seperti pendaratan yang biasa dilihat semasa angin lintang. Namun sebaik sahaja pesawat mendarat kelihatan juruterbang mencuba sedaya upaya untuk bergerak lurus di landasan dan ia menakjubkan.

“Saya tidak pernah menyaksikan keadaan seumpama ini selepas pesawat mendarat. Anda boleh nampak yang juruterbang cuba sedaya upaya untuk mengemudi pesawat supaya sejajar dengan landasan. Mujur ia berhasil.

“Video ini menunjukkan kemahiran hebat juruterbang. Meskipun berdepan angin kencang yang tidak dijangka selepas mendarat, mereka masih mampu menggerakkannya supaya sejajar dengan landasan. Menakjubkan!”

Jurucakap Emirates berkata: “Pesawat EK 55 dari Dubai mendarat selamat di Düsseldorf pada 5 Oktober itu dalam keadaan angin lintang. Keselamatan penumpang dan anak kapal tidak dikompromi.” – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Emirates
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Emirates Kembali Huna A380 Untuk Ke KLIA

Emirates Kembali Huna A380 Untuk Ke KLIA

04/12/2022
0

SEPANG: Syarikat penerbangan kebangsaan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Emirates sudah mula menggunakan semula model pesawat terbesar di dunia, Airbus A380...

Penyokong Arsenal Biarkan Stadium Hampir Kosong

12/03/2018
0

PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger menyuarakan kebimbangan tentang kesungguhan penyokong skuad itu kerana ribuan tempat duduk di Stadium Emirates dibiarkan kosong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd