• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggaran Kemusnahan Aset Awam Di Kelantan RM130 J

oleh Ahmad Albab
02/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Taksiran kemusnahan infrastruktur dan aset awam akibat banjir buruk yang melanda Kelantan dianggarkan lebih RM130 juta setakat ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata nilai sebenar kemusnahan hanya akan diketahui selepas bencana itu berakhir dan ia dijangka lebih besar setelah semua agensi berkaitan mengemukakan laporan masing-masing.

“Kita semalam dapat gambaran tapi tak lengkap di seluruh Kelantan iaitu antara lain Jabatan Kerja Raya kata RM100 juta,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Media Bencana Banjir di sini hari ini.

Selain itu, Tenaga Nasional Berhad mengunjurkan anggaran kerosakan di seluruh negeri bernilai RM10 juta, Polis Diraja Malaysia (RM8 juta), Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (RM3 juta) manakala Jabatan Kesihatan Kelantan menganggarkan nilai kerosakan RM10 juta di Kota Baharu sahaja.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata kerajaan pusat dan kerajaan negeri akan bersama-sama membuat pengumpulan maklumat lengkap dan sekarang dalam proses mendaftar aset yang rosak.

Mustapa berkata jawatankuasa itu akan turut mengumpul segala butiran mangsa banjir sambil mengakui ia tugas yang mencabar.

Menurutnya, jawatankuasa itu telah mendengar beberapa cadangan pasca banjir oleh beberapa pihak termasuk oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengenai pembinaan rumah sementara kepada mangsa banjir.

“Kementerian itu mencadangkan pembinaan rumah kluster seperti dibuat di Jepun yang boleh menempatkan 48 keluarga di setiap rumah,” katanya sambil menambah penempatan sementara menjadi satu keutamaan buat kerajaan.

Beliau berkata bancian awal menunjukkan 516 rumah di Gua Musang dan 38 di Machang musnah sama sekali dan jawatankuasa itu akan mengambil langkah segera membantu keluarga terlibat.

Mustapa menjelaskan dalam tempoh seminggu ini, 91 pusat pemindahan di sekolah masih boleh digunakan tetapi bila sekolah dibuka di negeri ini mulai 11 Jan, mangsa yang mengalami kemusnahan atau kerosakan rumah akan ditempatkan di khemah sementara di bawah pengurusan Majlis Keselamatan Negara.

Selain itu, beliau berkata setakat ini 70 peratus bekalan elektrik telah pulih dan ia dijangka pulih sepenuhnya Ahad ini manakala bekalan air bersih yang diuruskan Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd kini sudah hampir 60 peratus pulih.

Mustapa turut berkata stok makanan di tiga depoh makanan utama di Lapan Briged Infantri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat, kedua-duanya di Pengkalan Chepa, dan Ibu Pejabat Polis Machang kini semakin bertambah hasil sumbangan orang ramai. – BERNAMA

Tags: BanjirMustapa Mohamed
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd