• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Warga Oman Didakwa Miliki Wang Palsu

oleh AK-47
13/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki rakyat Oman, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini atas pertuduhan memiliki wang palsu berjumlah lebih US$40,000 di sebuah hotel, bulan lepas.

Mohamed Yousuf Nasser, 54, yang tidak bekerja didakwa memiliki 443 keping not US$100 bernombor siri yang sama, dengan menyedari bahawa mata wang tersebut adalah palsu dan berniat untuk menggunakan wang itu sebagai tulen di sebuah bilik, di Hotel Safari, Jalan Mamanda 5 Off Jalan Ampang, di sini pada 11.30 pagi, 28 Sept lepas.

Lelaki dari wilayah Zanzibar itu dituduh mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim tidak menawarkan wang jaminan kerana tertuduh merupakan warga asing dan tempoh pas lawatan tertuduh ke negara ini juga telah tamat.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali tidak membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin dan menetapkan 8 Nov untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: wang palsu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Dipenjara Miliki Wang Palsu, Dua Rakan Mengaku Tidak Salah

Wanita Dipenjara Miliki Wang Palsu, Dua Rakan Mengaku Tidak Salah

30/03/2023
0

Georgetown : Pekerja kedai pakaian dihukum penjara 10 bulan kerana memiliki wang palsu bernilai RM1,860 oleh Mahkamah Majistret di sini,...

Suami Isteri Mengaku Tidak Bersalah Miliki Wang Palsu

Suami Isteri Mengaku Tidak Bersalah Miliki Wang Palsu

06/07/2022
0

Bukit Mertajam : Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan memiliki wang palsu berjumlah RM5,300 pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd