• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Lelaki Cuba Rempuh Sekatan Jalan Raya

oleh Ahmad Albab
01/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Polis menahan seorang lelaki kerana merempuh sekatan jalan raya dan hampir melanggar seorang anggota polis di Jalan Yam Tuan, di sini pada jam 2.50 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, berkata suspek berusia 27 tahun yang memandu Proton Myvi yang turut dinaiki seorang rakannya bertindak demikian kerana cuba mengelak sekatan jalan raya itu.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati suspek memandu di bawah pengaruh alkohol dan pernah melakukan kesalahan yang sama sebelum ini dan dijatuhi hukuman denda RM2,000 mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 pada 13 Januari 2014 di Mahkamah Khas Trafik. Katanya, suspek turut disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana perbuatan memandu melulu yang boleh mendatangkan kematian kepada anggota polis yang bertugas.

Sementara itu, katanya polis mengeluarkan sebanyak 103 saman daripada 330 kenderaan yang diperiksa atas pelbagai kesalahan dalam Ops Ambang TahunBaru yang diadakan di sekitar daerah ini malam tadi dan awal pagi ini.

Muhamad Zaki berkata, operasi bersama Jabatan Pengangkutan Jalan itu diadakan pada jam 10 malam hingga 3 pagi tadi membabitkan 20 pegawai dan 180 anggota.

Katanya, pemeriksaan membabitkan 371 individu diadakan di 11 lokasi di sekitar Seremban.

“Dalam operasi itu, polis juga menahan lima lelaki kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dan seorang lelaki kerana terbabit kes mencuri serta merampas motosikal.

“Turut ditahan dalam operasi itu, empat lelaki mengikut Seksyen 15(1)(a), Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB 1952), seorang lelaki menurut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan seorang lelaki mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1995,” katanya. – BERNAMA

Tags: Jenayahpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd